Nama Safawi Rasid Akhirnya Tersenarai

Bintang bola sepak negara, Safawi Rasid telah mengesahkan namanya tersenarai dalam barisan Portimonense SC menentang FC Porto, awal pagi Isnin ini.

Safawi, 23, yang kini dalam perjalanan ke gelanggang keramat FC Porto iaitu Stadium Dragao sekali gus mempunyai peluang pertama kali untuk diturunkan beraksi dalam saingan Liga Primeira Portugal.

Sumber: astroawani

Hal ini bakal menyaksikan pemain skuad Harimau Malaya itu mencipta sejarah sebagai pemain kedua yang beraksi di liga utama Eropah sejurus Luqman Hakim Shamsudin yang bersama KV Kortrijk di Belgium.

“Saya gembira dapat sertai pasukan ke Porto, InsyaAllah jika dapat peluang bermain saya akan bagi yang terbaik. Sama ada saya diturunkan ataupun tidak terpulang kepada jurulatih untuk menentukan” ujar Safawi.

Safawi yang dipinjamkan selama semusim oleh Johor Darul Ta’zim (JDT), turut meluahkan rasa bersyukur kerana telah tersenarai untuk ke Porto dan berjanji akan melakukan yang terbaik jika diberi kesempatan untuk bermain.

Sumber: mstar

Difahamkan pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu terlepas tiga aksi sebelum ini semenjak berada di Portugal pada 3 Oktober lalu. Safawi tidak diturunkan dalam pertemuan menentang Maritimo pada 17 Oktober termasuk berdepan dengan Tondela dan Santa Clara minggu lalu.

Sebaliknya, Safawi hanya beraksi buat skuad bawah 23 (B-23) Portimonense SC pada 16 Oktober lalu apabila bertemu Sporting CP yang berakhir dengan kekalahan setelah tewas 3-1 dalam perlawanan Liga Revelacao B-23.

Sumber: astroawani

Sebelum berhijrah ke Eropah, pemain sayap itu memainkan peranan penting dalam membantu JDT menjuarai Liga Super ketujuh berturut-turut, malah turut dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia selama dua musim.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca