Nama Lain Bagi Pokok Ulam Raja Yang Mungkin Ramai Tidak Tahu

Ada jiran datang rumah, dipendekkan cerita, nak minta anak pokok bintang berayun, untuk tanam di rumahnya.

Jawab saya, “Saya tak ada tanam pokok tu. Saya pun rasanya tak pernah dengar nama pokok macam tu.” Memang jujur saya tak pernah dengar nama pokok itu. Pokok bintang mana pulalah ini.

Sambung jiran saya, “Yang tu,” sambil tangan menunjuk ke arah tanaman saya di sebelah kiri rumah. Ada banyak jenis pokok itu bersusun di situ.

“Eh, ada ek?” saya bertanya diri sendiri, serba tak kena, garu kepala sendiri yang tak gatal, sebab saya tak pernah tahu saya tanam pokok bintang berhayun.

Saya bingkas bangun dan berjalan ke arah pokok-pokok dan tanya, “Pokok bunga ke tu?”

Jawabnya, “Pokok ulam.”

Saya tanya lagi, “Yang mana ek?”

Jiran saya menunjuk ke arah pokok ulam raja, “Yang ni,” katanya, sambil pegang bunga ulam raja yang berwarna purple-pink ini.

“Oh, saya panggil ni ulam raja, bang,” jawab saya, tersengih-sengih.

Tak sangka pokok ulam raja ini ada orang panggil pokok bintang berayun. Katanya, sebab bunganya macam bintang dan meninggi ke atas tanpa daun sekeliling, semacam bintang berhayun apabila ditiup angin. Logik juga. Boleh bayang tak?

Perkongsian dengan izin penulis asal, Syahr Musafir

Artikel Lain Untuk Di Baca