Nama Anak ABCDEFG HIJKL ZUZU, Bapa Akui Idea Datang Sempena Menyelesaikan Teka Silang Kata

nama-anak-abcdefghijklzuzu-bapa-akui-idea-datang-sempena-menyelesaikan-teka-silang-kata

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang kanak-kanak di Indonesia dikatakan memiliki nama unik iaitu, ABCDEFG HIJKL ZUZU.

Menurut bapa kepada kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Zulfahmi, 41, idea untuk menamakan anaknya menggunakan nama pelik muncul ketika dia cuba menyelesaikan permainan teka silang kata pada tahun 2009. Memetik laporan portal Kosmo.

Daripada situ, muncul idea untuk menamakan anaknya dengan susunan abjad dengan harapan agar anaknya nanti boleh menjadi seorang ahli linguistik atau mempelajari ilmu mendalam tentang bahasa, jelas Zulfahmi.

nama-anak-abcdefghijklzuzu-bapa-akui-idea-datang-sempena-menyelesaikan-teka-silang-kata
Sumber: Lobak Merah

“Sebalik nama itu terdapat maksud yang tersirat. Dulu, saya berhasrat untuk mempelajari ilmu bahasa, namun cita-cita tersebut tidak kesampaian,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Zuzu lebih kerap disapa sebagai ‘Adef’ dimana huruf ‘B’ dan ‘C’ daripada namanya itu dibuang.

Menurut laporan Kosmo, Zulfahmi juga mendedahkan bahawa semasa kecil, anaknya itu pernah dijadikan bahan jenaka oleh rakan-rakan di sekolah.

Mereka dikatakan menyamakan nama pelik itu dengan produk yang memilik abjad ABC di pasaran seperti kicap ABC.

“Disebabkan ejekan itu, dia tidak akan hadir ke sekolah selama dua hari. Namun, kami tetap memberi semangat kepadanya dengan mengatakan bahawa satu hari nanti dia akan berbangga dengan namanya,” kata Zulfahmi.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca