CERTOT Nama Aku Ali: Sedang Rindu

Nama aku Ali. Sejak momen tempoh hari, aku selalu terbayangkan Rozi. Selalu curi-curi melihatnya dari jauh. Selalu ingin tahu apakah dia juga terfikirkan tentang aku. Selalu.

“Awak,” tak semena-semena satu suara menegur. Aku menoleh dan terlihatkan dia. Perasaanku kembali bergetar.

“Maaf pasal hari tu.” Rozi menyimpul senyum. Manis. Sungguh.

“Maaf kenapa?”

“Hari tu awak tegur, saya tak sempat nak berbual lama.”

“Oh.” suasana sepi seketika.

“Erm. Sorry lah ganggu. Saya pergi dulu.”

Aku sekadar kaku tanpa kata. Aduh. Bodohnya aku. Inilah aku, Ali. Sering kelu bicaraku di saat-saat begini, dan kemudian nanti aku akan menyesal sendiri.

Nama aku Ali. Dan sekarang, aku sedang rindu.

Artikel Lain Untuk Di Baca