CERTOT Nama Aku Ali: Jatuh Cinta

Nama aku Ali. Seorang lelaki dengan rupa dan perwatakan yang sederhana. Aku meminati seorang wanita, Rozi. Dia seorang wanita cantik dengan perwatakan yang sering membuatkan aku tertarik untuk selalu memerhatikannya.

“Rozi, saya Ali.” aku menegurnya dari belakang ketika menuruni anak tangga.

“Saya tahu tu.” dia senyum manis.

“Tahu apa?”

“Nama kamu. Ali.”

Dia berlalu pergi meninggalkan aku dengan secebis perasaan yang bergetar.

Nama aku Ali. Dan aku fikir, aku sedang jatuh cinta.

Artikel Lain Untuk Di Baca