“Nak Pesakit COVID-19 Jaga ‘Roadblock’ Ke?” – Ashraf Muslim

Pelakon Ashraf Muslim merayu kepada semua rakyat Malaysia untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ashraf menerusi sebuah coretan di laman Instagram miliknya berkata, “Wahai rakyat Malaysia, tolong elakkan diri daripada terlalu expose dekat luar. Tolong duduk rumah baik-baik dan keluar hanya apabila perlu sahaja. Kami pesakit COVID-19 akan jaga sekatan jalan raya sekiranya anda masih berdegil, mahu ke?”

Ashraf yang kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh itu sebaliknya menjelaskan dalam ruangan kapsyen bahawa ia hanyalah sekadar gurauan semata-mata dan sebagai peringatan kepada semua untuk mendengar nasihat kerajaan.

“Kepada rakyat Malaysia, tolong hormati perintah kerajaan. Memang banyak masalah yang kita hadapi tetapi ini dugaan daripada Allah SWT dan pasti ada hikmahnya, Insya-Allah,” luahnya.

Untuk pengetahuan anda, Ashraf merupakan selebriti ketiga yang disahkan positif wabak meragut nyawa ini selepas Puteri Aishah dan Pencetus Ummah (PU) Riz.

Ashraf disahkan positif selepas pulang daripada menjalani penggambaran drama bersiri Demi di Scotland bersama Ben Amir, Puteri Aishah dan Hasnul Rahmat pada 31 Mac lalu.

Apa-apa pun, semoga Ashraf cepat sembuh. Sebagai peringatan, anda diminta untuk mematuhi arahan kerajaan sepanjang masa kerana kesihatan anda dan orang sekeliling perlu menjadi keutamaan sepanjang masa.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan selebriti tempatan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca