Nak Pakai Pelitup Muka Fabrik? Ini Apa Yang WHO Syorkan

Sejak beberapa hari ini, jumlah kes jangkitan COVID-19 menunjukkan peningkatan dan ini sekali gus membimbangkan ramai pihak. Pemakaian pelitup muka merupakan salah satu kaedah pencegahan yang penting dalam mengelakkan kira-kira 60 peratus penyebaran penyakit saluran pernafasan yang tersebar melalui virus termasuklah COVID-19.

Selain pelitup muka tiga lapis, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menyarankan pemakaian pelitup muka fabrik bagi mengekang penularan wabak.

Berikut kami kongsikan ciri-ciri pemilihan pelitup muka fabrik mengikut saranan WHO:

1. Disarankan untuk golongan tidak mengalami gejala pernafasan dan berada di tempat jangkitan COVID-19 tersebar luas dan penjarakan sosial diamalkan.

2. Lapisan dalamnya perlu menyerap air seperti kapas atau campuran kapas. Fungsinya adalah untuk menyerap titisan cecair.

3. Lapisan tengah perlu bersifat menghindar penyerapan air dan diperbuat daripada bahan sintetik, bukan tenunan seperti polipropilena atau lapisan kapas. Fungsinya adalah untuk meningkatkan penapisan atau menyerap titisan cecair.

4. Lapisan luar bersifat menghindar penyerapan air. Contoh bahan adalah polipropilena, poliester atau campurannya. Fungsinya adalah untuk menghadkan pencemaran dari luar daripada menembus masuk ke hidung dan mulut pemakai.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Teruskan memakai pelitup muka kerana kita masih belum menang. Sama-sama kita jaga kita.

Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca