Penulis: Nami Cob Nobbler

Seperti yang kita sedia maklum, Me’nate Steak Hub menyajikan makanan Barat dengan daging-daging yang premium dan bermutu tinggi seperti wagyu yang diimport.

Telan air liur sahajalah bila kita mengenangkan harga daging premium ini.

Tapi, sempena Ramadhan ini, mereka mengadakan promosi Buffet & Family Platter untuk anda makan daging bermutu tinggi bersama juadah yang lain dengan harga mampu makan.

Dengan harga RM79.90 untuk dewasa dan RM39.90 untuk kanak-kanak, anda dapat menikmati makanan yang enak-enak belaka. Banyak dan bermacam-macam hidangan pula tu.

Selain daging bakar, mereka juga menyediakan juadah lain seperti pasta, chicken wings, kambing golek, pelbagai jenis mi serta manisan seperti air batu campur, sirap bandung soda dan minuman panas seperti teh dan kopi.

Kalau anda nak makan bersama keluarga yang besar atau bersama ahli pejabat, ada juga pakej Premium Family Platter dan Super Premium Family Platter yang pasti akan memuaskan hati semua orang.

Dan sekiranya anda menempah meja dengan awal, iaitu dari 29 April hingga 12 Mei, anda akan dapat menikmati diskaun “Early Bird” sebanyak 5 peratus.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi (telefon/SMS/WhatsApp) cawangan restoran mereka di talian berikut:

Setapak: 019-3911047
Shah Alam: 019-4771047
Bangi: 019-2611047
Ampang: 016-8795947
Johor Bahru: 013-7510347

Anda juga boleh hubungi mereka di Facebook atau Instagram.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda