Siapa sangka, restoran popular dan terkenal di luar negara ternyata tidak menepati standard atau piawaian kebersihan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Restoran yang terkenal dengan hidangan kari itu terpaksa ditutup sejurus selepas diperiksa oleh pihak berwajib.

Lebih memeranjatkan apabila, hasil pemeriksaan menemui najis tikus dalam ketuhar dan juga peti yang dijadikan sebagai tempat penyimpanan makanan.

Bukan itu sahaja, najis tikus turut kelihatan sekitar meja penyediaan makanan.

Menurut pihak berkuasa, restoran tersebut bukan sahaja dipenuhi dengan najis tikus, namun dicemari dengan kelibat-kelibat tikus yang sentiasa berkeliaran sekitar premis berkenaan.

Ujar ahli Majlis Perbandaran Leicester, John Moss, “kehadiran haiwan kecil ini berpotensi tinggi dalam menyebarkan virus dan kuman kepada manusia atau para pengunjung.”

Sehubungan itu, premis terbabit dikehendaki menjalani pemeriksaan selanjutnya sebelum dibenarkan untuk beroperasi semula pada hari Ahad.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda
Sumber:

mStar