Najib Razak Titip Doa Agar Drama Band Berada Dalam Keadaan Baik

Drama Band terlibat dalam satu kemalangan di terowong Jalan Tunku Kudin, Pulau Pinang baru-baru ini. Berita itu bukan sahaja mengejutkan peminat kumpulan tersebut tetapi ia turut menarik perhatian bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Razak.

Najib menerusi sebuah hantaran di laman Facebook beliau berharap bahawa ahli kumpulan tersebut berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tambahnya, “Kita bukan sahaja perlu hati-hati memandu di jalan raya tetapi kita kena selalu berwaspada dengan kenderaan di sekeliling kita.”

Ahli Parlimen Pekan itu turut memuat naik satu tangkap layar berita mengenai kemalangan membabitkan finalis Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) itu bersama perkongsian tersebut.

Untuk dijadikan cerita, beberapa orang ahli kumpulan Drama Band iaitu Aepul, Daus, Padel dan seorang pekerja mereka terlibat dalam kemalangan kereta semalam (15 Mac).

Walau bagaimanapun, vokalis kumpulan tersebut iaitu Aepul Roza berkata bahawa kereta yang dinaiki oleh mereka dilanggar pemandu kereta Vios yang dipercayai berada dalam keadaan mabuk.

Vokalis itu turut mengesahkan bahawa kenderaan yang dinaiki oleh Drama Band itu mengalami kerosakan sepenuhnya.

Menurut Aepul lagi, pemandu itu melarikan diri bersama teman wanitanya dengan meninggalkan kereta mereka di lokasi kejadian.

Sementara itu, nama Drama Band menjadi bualan ramai selepas tampil dengan persembahan cynical parody pelbagai figura terkenal di pentas akhir AJL34 pada Februari lalu.

Kumpulan ini dikatakan membuat parodi pelbagai figura terkenal seperti Haneesya Hanee, PU Abu dan Da’i Farhan menerusi persembahan lagu Drama.

Tidak berhenti di situ, kumpulan itu turut didakwa menampilkan watak yang kelihatan seperti perdana menteri keenam Malaysia itu bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Perkongsian itu turut menerima pelbagai reaksi daripada warganet yang membuka cerita mengenai parodi yang dipersembahkan di AJL34 tersebut.

Apa-apa pun, semoga semuanya berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan Drama Band, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca