Selepas menjuarai Anugerah Juara Lagu 34 (AJL 34) dan kemudian mendapat penghargaan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), kini, Naim Daniel berjaya membeli sebuah rumah seawal usia 22 tahun.

Seakan tidak putus rezeki penyanyi yang terkenal dengan lagu Sumpah ini. Perkara ini umpama segala usaha yang dilakukan dalam industri muzik tanah air sebelum ini membuahkan hasil.
Naim berkongsi detik gembira itu melalui hantaran di laman Instagram peribadinya. Dia juga meluahkan rasa syukur dengan apa yang telah dia kecapi.
View this post on InstagramAlhamdulillah. Bought my first house. Assalammualaikum ❤️
A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on
Ramai rakan-rakan artis dan juga peminatnya mengucapkan tahniah dan menumpang bangga atas kejayaannya itu.


Tahniah diucapkan kepada Naim Daniel dan semoga kejayaan yang dicapai ini menjadi inspirasi kepada semua terutamanya anak muda.
Untuk baca artikel lain tentang Naim Daniel, anda boleh klik pada pautan di bawah: