Naik Kereta Api Tanpa Topeng Muka, Penampilan BTS V Jadi Bualan Ramai

Siapa sahaja yang tidak kenal akan kumpulan K-Pop pujaan ramai iaitu BTS?

Tidak dapat dinafikan bahawa apa sahaja aktiviti yang dilakukan oleh ahli kumpulan berkenaan pasti menjadi bualan Army di seluruh dunia.

Aktiviti itu termasuk sekeping foto yang memaparkan Kim Tae-hyung atau lebih dikenali dengan nama pentasnya iaitu V menaiki pengangkutan awam.

Image

Gambar V menjadi bualan ramai di laman media sosial kerana beliau dilihat tidak mengenakan topeng wajah ketika berada dalam sebuah kereta api bawah tanah.

Image
Sumber: Weverse

Sudah tentu, rata-rata memuji V kerana beliau tidak keberatan untuk menaiki pengangkutan awam walaupun perlu berhadapan dengan orang ramai.

V memuat naik foto itu di aplikasi Weverse. Dengan hanya memakai jaket berwarna coklat, penampilan beliau berjaya membuatkan nama Taehyung menjadi trending di lebih 20 negara.

Tidak berhenti di situ, topik carian Kim Taehyung menaiki kereta api tanpa topeng muka turut menjadi topik bualan ramai di Weibo.

Apa pendapat anda mengenai foto berkenaan?

Untuk membaca lebih banyak artikel mengenai BTS, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca