Nahas Helikopter Hilang, Juruterbang Warganegara Hong Kong Disahkan Maut

Juruterbang yang dilaporkan hilang sebelum ini bersama sebuah helikopter ditemui maut di lokasi kejadian awal pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Tsz Kin Richard Chan, 58, yang juga warganegara Hong Kong dibawa keluar oleh pasukan penyelamat dari kawasan Hutan Simpan Chikus sekitar pukul 10.12 pagi.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, mangsa yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian yang ditemukan berada dalam kokpit helikopter terbabit.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa keluar menaiki helikopter dan dihantar ke sebuah sekolah di Ipoh dan dibawa menaiki ambulans ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

“Pada masa sama, keadaan cuaca yang baik sepanjang operasi ini memudahkan pasukan melakukan SAR,” katanya dalam satu sidang media, di Balai Polis Bidor.

Siasatan awal di lokasi mendapati, tiada kesan letupan mahupun kebakaran sama ada pada bangkai helikopter atau pun lokasi insiden.

Dilaporkan sebelum ini, sebuah helikopter dengan seorang juruterbang itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pukul 11.37 pagi untuk penerbangan persendirian serta dijadualkan mendarat pada 12.37 tengah hari di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh.

Namun begitu, helikopter terbabit dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) sekitar pukul 12.16 tengah hari.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca