Masalah ragu dengan kesahihan status anak sendiri bukan lagi benda pelik yang berlaku di kalangan artis negara seberang.
Namun begitu, konflik rumah tangga bekas pemain bola sepak, Bambang Pamungkas dengan isterinya juga mula menebar ke seluruh media sosial lantaran isu sama baru-baru ini.
Dikhabarkan, atlet berkenaan melangsungkan nikah siri bersama pasangannya, Amalia Fujiawati pada 2018 sebelum rumah tangga mereka goyah.
Memetik laporan portal Suara.com, Bambang dikatakan menjatuhkan talak pada 2020 di mana ketika itu, bekas isterinya juga sedang hamil anak kedua mereka.
Pada mulanya, pasangan ini sudah berpisah secara damai, namun wanita terbabit geram kerana ayah kepada anak-anaknya itu seakan melepaskan tanggungjawab.
Bagaimanapun, Bambang pernah berjanji akan memberikan nafkah bulanan kepada anak-anak, berjumpa sebulan sekali serta komunikasi secara video call dua minggu sekali.
Namun, difahamkan wujud dakwaan bahawa zuriat itu bukanlah daripada ‘benihnya’ sendiri hingga membuatkan Amalia nekad menjalankan ujian DNA.
Meskipun sudah terbukti identical 92.3%, namun bekas pemain bola terbabit terus menafikan keturunannya.
Lebih menghairankan lagi, disebabkan perkahwinan siri mereka tiada pengesahan secara negara, pihak mahkamah telah memutuskan status anak itu gagal dibuktikan.
Berikutan hal tersebut, tuntutan pembayaran nafkah yang dibuat terhadap Bambang Pamungkas serta merta ditolak.
Terdahulu, Amalia pernah memberitahu ketika dia melahirkan hanya ditemani oleh anak sulung dan jiran sahaja.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: