Nafi Dakwaan Dokumentari Tidak Tepat, Ini Penjelasan Al Jazeera

Selepas dokumentari terbitan Al Jazeera, Locked Up In Malaysia’s Lockdown menjadi bualan ramai sejak minggu lalu, agensi berita antarabangsa tersebut mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu di laman sesawang mereka semalam.

Menerusi satu kenyataan bertarikh 9 Julai, pihak Al Jazeera menolak dakwaan pihak berkuasa di Malaysia yang menyatakan laporan mereka tidak adil, salah dan mengelirukan.

Bukan sahaja Al Jazeera menafikan dakwaan berkenaan, tetapi agensi berita itu turut menzahirkan kebimbangan terhadap keselamatan kakitangan mereka di negara ini susulan dokumentari yang tular sebelum ini.

Menurut Al Jazeera, kakitangan mereka di Malaysia telah menjadi sasaran gangguan dalam talian termasuk beberapa ugutan dan pendedahan maklumat peribadi di media sosial.

Al Jazeera risau keselamatan kakitangan terlibat

Al Jazeera juga mempunyai kebimbangan berkaitan gangguan dalam talian yang dihadapi pekerja mereka. Selain daripada bimbang dengan keselamatan pekerja, Al Jazeera juga menzahirkan kebimbangan mengenai keselamatan individu-individu yang telah ditemu bual dalam dokumentari berkenaan.

Walaupun laporan agensi berita itu dipersoalkan oleh orang ramai, Al Jazeera menolak dakwaan yang telah dilemparkan dan meminta pihak berkuasa negara ini menghormati kebebasan media dan berhenti menganggap wartawan mereka sebagai penjenayah.

“Seperti yang dinyatakan dalam dokumentari berkenaan, Al Jazeera mengiktiraf tindak balas yang dilakukan Malaysia kerana berjaya membendung penularan COVID-19.

Program itu juga menunjukkan usaha yang dilakukan beberapa organisasi di Malaysia yang menyediakan bantuan secara langsung dengan jelas kepada warga asing yang memerlukan,” ujarnya.

Pada pendapat anda, adakah respons Al Jazeera itu merupakan satu jawapan yang tepat?

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan Al Jazeera, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca