Nafi Cerai Kerana Buku Klinik Koyak, Suami Dedah Isteri Kaki Pukul

Seorang lelaki menafikan kisah dia menceraikan isterinya yang masih dalam pantang hanya kerana tidak berpuas hati buku klinik koyak.

Laporan semalam menyatakan bahawa seorang ibu beranak tiga di Flat Taman Semarak 2 dilaporkan telah diceraikan suaminya ketika masih dalam pantang.

Perkara tersebut telah mengakibatkan si isteri yang berusia 26 tahun itu menghadapi tekanan sehingga terfikir untuk membunuh diri, malah buntu memikirkan cara untuk membesarkan ketiga-tiga anaknya yang berusia empat, dua tahun dan bayi berusia 17 hari.

Bekas suaminya yang masih dalam lingkungan 30-an itu menjelaskan bahawa tindakannya menceraikan isteri adalah kerana tidak tahan dengan sikap bekas isterinya yang mudah naik tangan setiap kali mereka berselisih faham.

Menurutnya, masyarakat hanya mendengar kisah daripada sebelah pihak sahaja dan dia telah diberi gambaran seperti dirinya adalah seorang suami yang tidak bertanggungjawab.

Jelasnya lagi, pergaduhannya dengan bekas isteri berlaku setelah isterinya marah apabila buku temu janji klinik anak mereka koyak dan si isteri mula mengugut mahu mencederakannya.

Si suami yang menganggap perkara itu agak melampau setelah lama bersabar dengan sikap si isteri yang seringkali memukul dan mencederakannya apabila mereka bergaduh, membuatkan dirinya mengambil kata putus untuk menceraikan isterinya.

Awal perkahwinan mereka sememangnya bahagia seperti pasangan lain. Namun, segalanya berubah apabila lama-kelamaan mereka sering berselisih faham.

Mereka pernah bercerai pada tahun 2019 tetapi rujuk semula atas permintaan isterinya. Meskipun demikian, dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya.

Lelaki itu amat terkesan dengan video berkenaan tindakan bekas isterinya yang mahu membunuh diri tular di media sosial. Oleh itu, dia memutuskan untuk memberi kenyataan kepada media kerana mahu membersihkan namanya.

Walau bagaimanapun, dia masih sayangkan anak-anaknya dan berharap agar masyarakat berhenti daripada terus mencemuhnya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca