Nad Zainal Bandingkan Pengacara Masa Kini Dengan Azwan Ali

Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA mendapat pujian penonton selepas membuat kemunculan semula sebagai pengacara program Lagu Cinta Kita 2 untuk dua episod.

Aktres ternama tanah air, Nad Zainal tidak terkecuali dengan menganggap Azwan ialah seorang pengacara televisyen yang masih aktif berkecimpung dalam industri.

Sumber: Instagram @nad.zainal

No doubt, Diva Azwan Ali antara pengacara televisyen terbaik yang Malaysia ada. Respect buat senior,” tulisnya menerusi sebuah hantaran di Instagram Story.

Dalam pada itu, Azwan turut memuat naik semula perkongsian pelakon drama Hati Yang Tersakiti itu di laman Instagram. Sebagai respons, Nad turut meninggalkan komen di hantaran Azwan dengan membandingkan pengacara zaman 90-an dengan generasi baharu.

Menurut Nad, “Pengacara masa kini banyak merapu dan suka potong tetamu bercakap. Saya rindu pengacara dan program televisyen pada tahun 90-an. Semua pembaca berita juga nampak classy.”

Bagi anda yang masih keliru, gandingan Azwan dengan pelakon Elly Mazlein ataupun turut dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom sebagai pengacara program yang bersiaran setiap Ahad di saluran televisyen TV3 itu mencuri perhatian ramai.

Azwan bagaimanapun mengesahkan bahawa dia hanya mengendalikan rancangan tersebut untuk dua episod sahaja menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Pada pendapat anda, adakah Azwan Ali patut terus menjadi pengacara program berkenaan atau sebaliknya?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan Azwan Ali, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca