Nabila Razali Tampil Dengan Foto Kahwin Bersama MK, Katanya Bukan Gimik Tapi Promosi

Baru-baru ini, gambar-gambar yang berupa seperti sebuah perkahwinan di media sosial Nabila Razali menjadi tumpuan hangat akhirnya terjawab selepas mengakui momen tersebut bersama MK K-Clique adalah sekadar teaser peluncuran video muzik sebuah single baharu yang bertajuk Aku Terluka.

Terdapat sebahagian besar warganet yang memarahi Nabila Razali kerana menganggap perkara itu sebagai gimik. Artis berumur 30 tahun itu pula menjelaskan bahawa foto-foto yang dimuatnaik bersama penyanyi rap datang daripada teaser bagi mempromosikan lagu tersebut.

“Ramai yang keliru tentang gimik dan teaser, bagi saya apa yang saya muat naik di Instagram itu hanya teaser untuk lagu baru saya.

“Semua foto itu memang ada dalam video muzik itu dan tindakan membuang foto-foto lain di Instagram supaya pengikut fokus dan sedar saya akan mempromosi sesuatu produk.

“Sebagai seorang yang bekerja dalam industri kreatif, tidak menarik pula kalau kami terus memberi lagu kepada peminat,” ujarnya.

Sumber: Kosmo

Nabila berkata demikian ketika berjumpa di majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Aku Terluka yang diadakan di pejabat Universal Music Malaysia kelmarin.

Di samping itu, Nabila berkata dia tidak mampu menghalang tanggapan warganet yang mengaitkan dirinya dengan gimik semata-mata.

“Apa yang saya lakukan itu promosi dan bukan gimik. Tapi saya tidak boleh halang sangkaan orang ramai terhadap saya.

“Saya mahu orang berteka-teki dengan kemunculan lagu-lagu baru saya. Tiada niat buat gimik semata-mata,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu, ciptaan Aku Terluka dihasilkan oleh Amylea Azizan dan MFMF yang juga single ketujuh buat Nabila.

Lagu tersebut merupakan kesinambungan bagi jalan cerita lagu Peluang Kedua yang dilancarkan dua tahun lalu ujar Nabila.

Watak MK sebagai pasangannya turut dikekalkan dalam muzik video berkenaan.

Sumber: Kosmo

“Saya kembali dengan lagu baru yang merupakan kesinambungan daripada lagu Peluang Kedua. Dalam muzik video Peluang Kedua ada yang perlu dijelaskan dan semuanya ada dalam Aku Terluka.

“Saya bawa MK sekali lagi bagi menutup ‘percintaan’ Nabila dan MK dalam lagu Aku Terluka,” ujarnya.

Dahulu, Nabila berkongsi foto romantik bersama MK dan menimbulkan spekulasi dia bakal mendirikan rumah tangga.

Muzik video Aku Terluka boleh ditonton di YouTube Nabila Razali Entertainment bermula Rabu dan di platform digital pada 7 Disember ini.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca