Nabila Huda Kena Angkut Dengan Van Jenazah Gara-Gara ‘Kantoi’ Tak Puasa

Pelakon terkenal, Nabila Huda berkongsi satu video menerusi laman Instagramnya di mana dia melakonkan watak gadis yang ditangkap gara-gara tidak puasa di khalayak ramai.

Dalam video itu, Nabila dilihat membawa 3 watak dengan jalan penceritaan berbeza. Video tersebut dirakam Nabila cumalah sekadar gurauan semata-mata.

“Saya ingat lagi, dulu saya tak puasa. Saya terlalu lapar jadi saya pergi kedai mamak, saya terus rampas makanan orang dan terus masuk dalam mulut saya. Mak ayah saya sedih fikir kenapa mereka didik saya jadi seperti ini,” katanya.

“Paling saya suka ketika solat. Bila ambil wuduk saya minum air, tapi saya dah tahu yang imam sebenarnya perasan apa saya buat, tiba-tiba saya kena angkut dengan van jenazah.”

“Ketika itu tengah muda memang tak fikir apalah kan, van jenazah hantar balik rumah sampaikan mak ayah halau saya dari rumah,” dialognya dalam video tersebut.

Video berkenaan mendapat perhatian warganet dan rata-rata pengikut Nabila terhibur dengan gelagat anak kepada Amy Search itu.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca