Penyanyi dangdut Mas Idayu menjadi bualan ramai selepas memberi komen ‘pedas’ kepada Naim Daniel dan Sissy Imann yang bertanding dalam musim kedua rancangan realiti Famili Duo.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok @era.je, pelawak Nabil Ahmad yang juga merupakan penyampai radio Era FM memberi cadangan kepada Mas Idayu untuk menyertai Gegar Vaganza 10 sebagai peserta.
“Okay saja lah nak bagi cadangan kepada Mommy. Mommy masuk Gegar Vaganza 10 tahun ini,” ujar Nabil.
Mas Idayu yang lebih disapa sebagai Mommy kemudiannya berkata orang ramai tidak seharusnya menjatuhkan level selebriti itu sekiranya mereka kerap dipanggil untuk menjadi juri tetap.

Pada zaman kira-kira 12 tahun lepas, Mas Idayu menjelaskan bahawa ia masih sesuai untuk dirinya menyertai program nyanyian seperti yang dicadangkan.
“Itu soalan bodohlah bagi Mommy lah. Bagi Mommy, itu memang stupid. Bukan masa itu (kira-kira 12 tahun lepas) Mommy tak ada nama, Mommy rasa masih boleh masuk mana-mana pertandingan walaupun dah ada nama. Tak payah sebut Gegar Vaganza, mana-mana pun Mommy boleh masuk.
Kalau kau dah tahap Mommy rasa mana-mana artis yang dah pernah jadi juri tapi bukan juri jemputan lah. Maksud Mommy, dia sentiasa jadi juri kekal, tetap dan sentiasa dipanggil, korang jangan nak jatuhkan level,” jelasnya.
Menerusi tinjauan kami di laman TikTok, rata-rata warganet kurang bersetuju dengan jawapan Mas Idayu kerana terdapat lebih ramai lagi penyanyi-penyanyi berpengalaman yang bertanding dalam program nyanyian.
Apa pendapat anda pula? Anda boleh tonton video penuh di bawah.
@era.je Nah, bukan @azadsyaziraroses je kena sound, @nabilzira pun kena jugak sebab dia ajak Mummy @masidayu1001 join Gegar Vaganza 10. Ni jawapan dari Mummy guys, mummy kata dia dah 30 tahun dalam industri dan konsisten jadi juri untuk show-show besar, takkan dia nak rendahkan martabat diri dia. 😄 #sharERA #3PAGIERA
♬ original sound – ERA – ERA
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: