#MyPM dan Mak Cik Kiah Tular Di Twitter, Warganet Puji Pendekatan Yang Dilakukan Perdana Menteri

Petang tadi, Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan siaran langsung untuk memaklumkan tentang Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat untuk membantu semua rakyat Malaysia yang terjejas kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Ada beberapa pakej ransangan yang menarik telah diumumkan oleh beliau antaranya ialah, semua pelajar institusi pengajian tinggi akan menerima RM200, pemandu e-hailing akan menerima bantuan one-off sebanyak RM500 dan banyak lagi.

Namun apa yang menarik perhatian, perkataan Mak Cik Kiah dan tanda pagar #MyPM mula tular di Twitter sejurus sahaja pengumuman itu dilakukan. Hal ini kerana rata-rata warganet berasa terharu dengan pendekatan yang mudah dan berjiwa rakyat yang dilakukan oleh beliau untuk memudahkan rakyat untuk faham.

Ini antara reaksi-reaksi mencuit hati daripada warganet yang dapat kita lihat di Twitter:

Beliau juga menekankan tiada golongan yang akan tercicir daripada menerima bantuan dalam usaha Pakej Ransangan Ekonomi ini.

Di samping itu, ucapan terakhir beliau juga menerima respons positif daripada orang ramai. Rata-rata tersentuh dengan usaha beliau dan kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara.

“Kerajaan ini mungkin bukan kerajaan yang kamu semua undi. Tapi saya ingin anda semua tahu yang kami kerajaan prihatin kepada kamu,” kata beliau sewaktu siaran langsung tadi.

Di saat semua rakyat memerlukan kerjasama antara satu sama lain dalam membendung COVID-19 ini, kenyataan itu semestinya memberi semangat yang kuat di dalam diri rakyat.

Apa-apa pun, kita perlu berterima kasih kepada kerajaan kerana tidak putus-putus cuba untuk meringankan beban rakyat di seluruh negara ini tanpa mengira status, bangsa dan agama. Usaha mereka ini seharusnya dipuji dan dihargai sampai bila-bila kerana tidak semua negara bertuah mempunyai kerajaan yang prihatin kepada rakyat.

Untuk membaca artikel lain berkenaan COVID-19 di Malaysia, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca