MyCreative Ventures Tawarkan Subsidi RM8 Apabila Anda Beli Buku Lejen Press #DudukRumahBacaBuku

Tahap pematuhan masyarakat bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini meningkat kepada 95 peratus berbanding hanya 62 peratus pada hari pertama pelaksanaannya. Data daripada laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini sekali gus menunjukkan bahawa masyarakat kita semakin sedar akan kepentingan terus berada di rumah dan tidak melakukan aktiviti di luar dalam membendung wabak COVID-19 daripada terus menular.

Dalam mendorong orang ramai untuk terus patuh terhadap saranan kerajaan untuk duduk di rumah, MyCreative Ventures telah tampil dengan satu kempen di mana 119 pembeli terawal buku Lejen Press akan diberi subsidi sebanyak RM8 bermula 2 April sehingga 8 April 2020. Inisiatif ini diambil bagi menggalakkan orang ramai untuk #dudukrumahbacabuku dan membantu Lejen Press selaku penerbit menggiatkan promosi jualan buku dalam talian sepanjang tempoh PKP.

Dalam erti kata lain, MyCreative Ventures berbesar hati belanja anda semua RM8 untuk membeli buku Lejen Press bagi mengisi masa yang terluang sepanjang tempoh PKP ini. Berikut adalah syarat-syarat yang anda perlu tahu:

  • Kempen ini berlangsung dari 2 April sehingga 8 April 2020
  • Beli minimum RM30 (Hanya perlu bayar RM22 dengan adanya subsidi ini)
  • Terhad kepada 17 pembeli pertama setiap hari
  • Terhad kepada 119 pembeli sahaja sepanjang kempen

Sepanjang PKP, berikut adalah senarai 10 buku paling laris berserta sinopsis:

1. Rosmoh: Perempuan Puaka – RM5 (Harga asal: RM20)

Bagi Rosmah, tohmahan sebagai dalang bagi kematian demi kematian di kampung itu ibarat bernafas di hujung tali gantung. Keadaan bertambah buruk apabila anak gadis Shahrizat si mulut celupar turut menjadi mangsa.

Mereka jadi gila. Semua jadi histeria.

Apabila seluruh penduduk kampung mengecam keras Rosmah yang baru berhijrah dan mengenakan purdah, bapanya naik amuk. Namun, misteri tetap gagal dirungkai. ‘Hantu Wanita Berpurdah’ terus menjadikan anak dara sebagai korban.

Siapakah wanita berpurdah itu? Siapa sebenarnya Rosmah?

2. Bayangan Clarissa – RM5 (Harga asal: RM20)

Tahun 2014. Rangkaian internet dimomokkan dengan e-mel berantai tentang seorang gadis kecil bernama Clarissa yang didakwa telah membunuh semua ahli keluarganya dan staf hospital tempatnya dirawat akibat gangguan mental.

Dia kemudiannya dihapuskan demi mengelakkan orang lain menerima nasib yang sama. Dihapuskan dengan cara yang menggerunkan. Siapa sahaja yang tidak mengendahkan kandungan emel tersebut dikatakan akan menemui ajal di tangan Clarissa sendiri dengan cara yang menggerunkan.

3. Davika – RM12.50 (Harga asal: RM25)

ESTiEM menggabungkan Singapura, Thailand, Indonesia dan Malaysia. Davika, gadis Siam yang membesar dalam fasa dunia baru, harus bangkit dalam zaman kejatuhan keluarga dan bangsanya. 

Apabila 4 negara telah bergabung, 3 bahasa masih bertarung. Saat cuma 2 agama menjadi pilihan, 1 pentas layar diwujudkan.

Davika ditawarkan tempat bergantung hidup tetapi hatinya memilih cita-cita. Apabila dihadapkan dugaan keluarga, kecekalannya enggan berputus asa. Setelah membawa diri, tekadnya gigih memburu impian. Semangat diri disimpan rapi agar dugaan yang menimpa tidak dijadikan alasan.

Dan dalam pencarian hala tuju masa depan, Davika yang naif berdepan dengan satu ujian – cinta.

4. Awek Chuck Taylor – RM12.50 (Harga asal: RM20)

Mengisahkan kisah seorang mamat bernama Hafiz, yang bertemu dengan seorang gadis hipster anarkis bernama Mira. Pertemuan ini mencetuskan beberapa ledakan aneurysm kepada korteks serebrum – serta perhubungan dengan adik beradik Mira – Aiman dan Nana – yang menjadi semakin akrab. Dan keakraban itu mencetuskan satu lagi cinta tiga segi Illuminati antara Hafiz dan adik beradik – Mira dan Nana. 

5. Awek Chuck Taylor 1: Kapsul Masa – RM12.50 (Harga asal: RM23)

Aku mengalami writer’s block.

Dalam usaha mengatasi tekanan, aku keluar berjalan-jalan. Aku pergi ke sebuah warung tomyam menjual sup cendawan istimewa. Bungkus, bawa balik.

Lepas makan, muncul Hamid MD, seekor kucing sebesar manusia. Dia menawarkan dua pil. Satu pil untuk ke masa depan. Satu lagi pil ke masa silam. Aku pilih…

6. Lelaki Eksistensial – RM5 (Harga asal: RM20)

Mengisahkan tentang seorang yang tidak dinyatakan namanya, seorang kasanova dengan kekasih-kekasihnya. Ciri-ciri kekasihnya berbeza antara satu sama lain tetapi menjurus kepada seorang gadis – gadis di zaman persekolahannya yang menolak cintanya dulu.

Mereka bertemu kembali lalu mencetus banyak persoalan eksistensial dalam diri.

7. Rumah No. 6 – RM5 (Harga asal: RM22)

Nama saya Julia binti Hashim. Saya berusia 25 tahun. Saya suka membaca novel thriller.

Haiwan peliharaan saya ialah mentadak mentadu. Makanan kegemaran saya, yang pedas, tapi halal. Tokoh kegemaran saya ialah Bill Clinton, Dr. Mahathir dan Lady Diana.

Nak jadi sahabat pena saya? Telefon saya, 03-9045152.

Ikhlas,

Julia,
Rumah No. 6,
Cheras Perdana

8. Babi: Bercinta Di Balik Api – RM25 (Harga asal: RM30)

“Bukan senang berjalan di atas muka bumi sebagai seorang anak luar nikah. Sanggup manusia-manusia yang lahir dari persetubuhan yang halal menyamakan aku dengan seekor binatang yang haram. BABI! Apakah aku yang bersalah? Sedangkan perkara itu dilakukan oleh ibu aku! Wahai masyarakat, seandainya kamu tidak menerima insan seperti aku, bagaimana kami mahu membuktikan insan seperti kami tidak mewarisi dosa keturunan kami?” – Leman

“Ya! Sekali melihat semua mengatakan aku seperti lelaki. Sebenarnya naluri aku masih perempuan. Berkawan dengan Leman sejak kecil, membuatkan aku jatih cinta kepadanya. Dia mengajar aku erti kehidupan yang sebenar. Biarpun, perjalanan kehidupannya penuh dengan duri. Aku sayang dia biarpun dia disamakan dengan BABI.” – Azmi

“Cinta itu hanya dibirai katil. Setelah habis aksi diranjang, maka habislah cinta itu. Aku bangga bila wanita seperti aku sering dinobatkan Lady of the Month oleh pihak kelab malam. Dosa? Kalau takut dosa kenapa ada manusia berpangkat ustaz, berjimba-jimba di kelab malam. Malah seronok dalam dakapan manusia-manusia seperti aku.” – Pauziah

9. X & Y: Benih Itu Milikku – RM5 (Harga asal: RM20)

Ezreena Hayati, seorang pelajar universiti yang baru berusia 21 tahun dan masih tinggal bersama ibunya.

Mauriz, seorang usahawan yang sudah tiga tahun berkahwin dengan Felisya, model terkenal tanah air.

Pasangan suami isteri ini masih belum dikurniakan zuriat dek kerana kedegilan Felisya yang tidak mahu mengandung dengan alasan ingin fokus di dalam kerjayanya terlebih dahulu.

Satu kesilapan yang berlaku di sebuah klinik mengubah kehidupan Ezreena dalam sekelip mata. Rumah tangga Mauriz dan Felisya juga tiba-tiba bergolak. Sejauh mana kesilapan itu bakal mengubah kehidupan mereka?

10. Saka – RM12.50 (Harga asal: RM20)

“Kalau Tuhan tanya apa yang aku tak nak hilang di dunia mahupun akhirat, aku akan jawab, MAK! Walaupun diganti dengan primadona terbaik dunia, diberi bidadari tercantik syurga. Mak tetap menjadi insan yang aku mahu sentiasa ada. Sebab apa? Mak sanggup lawan kematian semata-mata untuk lahirkan aku. Kalau aku, belum tentu aku sanggup. Biarpun ramai yang cuba jadi Tuhan dan cakap mak aku ahli neraka!” – Leman

“Kamu selalu bertanya, kenapa syaitan jahat? Kenapa syaitan mengganggu? Memang sudah kami berjanji dengan Tuhan kamu untuk menghasut hamba-Nya supaya di neraka kelak, kamulah yang akan menjadi sahabat-sahabat kami di sana. Tiada kuasa yang boleh menghalang kami. Melainkan setiap benda yang bermula dengan nama Tuhanmu!” – Seekor iblis

“Jahat tak bermakna kau ahli neraka. Baik, belum tentu kau dijemput masuk syurga. Jangan jadi Tuhan yang bersifat manusia. Kerana Tuhan tahu itu lebih daripada kita segala-galanya. Ambil cermin, pandang diri sendiri. Tanya dalam hati, ‘Layakkah kita dapat nikmat syurga?’ sebelum kita bercakap ‘Kau ni memang ahli nerakalah!'” – Ustaz Syahmi

Selain 10 tajuk di atas, ada banyak lagi judul yang anda boleh dapatkan menerusi promosi #DudukRumahBacaBuku ini. Berikut adalah senarai penuh judul-judul lain dalam promosi ini berserta harga:

  • Cinta Hipster – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Menculik Sensasi – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Infeksi – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Bolot – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Cincang: Dendam Terbalas – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Kasarnova – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Kelibat Setan – RM5 (Harga asal: RM22)
  • Nami – RM5 (Harga asal: RM15)
  • Komik Awek Chuck Taylor – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Bau Semangat Anak Muda – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Dabel Date – RM5 (Harga asal: RM15)
  • Dalang – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Paranoid – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Pengejar Bintang – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Kapal Angkasa Yang Terhempas Di Subang Jaya – RM5 (Harga asal: RM20)
  • 1969 – RM5 (Harga asal: RM22)
  • Angus, Himself – RM5 (Harga asal: RM20)
  • I Retaliate – RM5 (Harga asal: RM20)
  • I-Weep – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Timid – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Balachi – RM5 (Harga asal: RM22)
  • Batang Gembira – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Coklat – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Dalang – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Dendam Anak Jagoan – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Di Antara Logik – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Dua Nyawa – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Goda – RM5 (Harga asal: RM22)
  • H.A.K: Hanya Ada Kematian – RM5 (Harga asal: RM23)
  • Enam Darjah – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Mens Rea – RM5 (Harga asal: RM22)
  • Duplicia – RM5 (Harga asal: RM21)
  • Fujiyama – RM5 (Harga asal: RM18)
  • Heroin – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Hari Ini Kita Menang – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Tiga Titik – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Jiwa Kacau – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Pengejar Bintang – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Kelibat Setan – RM5 (Harga asal: RM22)
  • Natalia – RM5 (Harga asal: RM22)
  • Lunyai – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Pergi Mati – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Sial – RM5 (Harga asal: RM22)
  • Skandal Libero – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Skizo – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Sperma Cinta – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Sembelih – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Sengih Kerang – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Nasi Kangkang – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Kopi-ah – RM5 (Harga asal: RM15)
  • Charek Motel – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Sepuloh Nama – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Sepuluh Jahanam – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Kontrol Histeria – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Mampos: Mimpi Ngeri – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Mani: Wanita Kebaya Kuning – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Lelaki Dari Entah Mana-Mana – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Kopi Lejen – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Bunuh – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Ostrolia Aku Datang – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Perak, Teman Datang! – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Satu Gulung Negatif – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Psiko: Nota Dari Bilik Gelap – RM5 (Harga asal: RM22)
  • Pada Waktu-Waktu Yang Terhapus – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Roman Celaka – RM5 (Harga asal: RM22)
  • Teh Tarik Gelas Besar – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Langit Nan Gelap – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Sejuta Jiwa Yang Telanjang – RM5 (Harga asal: RM18)
  • Wanita Kimono Merah – RM5 (Harga asal: RM20)
  • Superbook – RM5 (Harga asal: RM8)
  • Singapura, Aku Datang! – RM8 (Harga asal: RM20)
  • Ketakutan – RM11 (Harga asal: RM20)
  • Kolonial Mimpi – RM11 (Harga asal: RM20)
  • Matahari – RM12.50 (Harga asal: RM24)
  • Bumi – RM12.50 (Harga asal: RM25)
  • Bulan – RM12.50 (Harga asal: RM23)
  • Kisah Cinta Budak Sekolah – RM12.50 (Harga asal: RM23)
  • Ayahku (Bukan) Pembohong – RM12.50 (Harga asal: RM20)
  • Bapuk: Bukankah Aku Peneman Untuk Kau? – RM12.50 (Harga asal: RM20)
  • Critical Eleven – RM12.50 (Harga asal: RM23)
  • #CertotCP: Pukul 3 Pagi – RM12.50 (Harga asal: RM20)
  • Langit Petang – RM12.50 (Harga asal: RM20)
  • Mudahnya Move On! – RM12.50 (Harga asal: RM24)
  • Seyogia – RM12.50 (Harga asal: RM20)
  • Rokok Nan Sebatang – RM12.50 (Harga asal: RM20)
  • Tenggelamnya Harta Karun Van Der Wijck – RM12.50 (Harga asal: RM18)
  • Creepyposta – RM15 (Harga asal: RM20)
  • Walang – RM15 (Harga asal: RM22)
  • Pahang, Here I Come! – RM18 (Harga asal: RM20)
  • Uqasha Suci – RM23 (Harga asal: RM27)

Cara untuk dapatkan buku terbitan Lejen Press dengan subsidi RM8

Anda hanya perlu tangkap layar (screenshot) artikel ini dan WhatsApp judul yang anda mahu ke wa.me/601121334017.

Selamat melejen dan #DudukRumahBacaBuku diam-diam!

Untuk baca artikel lain berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca