Muzium Dan Galeri Seni Bank Negara

Apabila bercakap tentang Bank Negara Malaysia, pasti terlintas di fikiran kita hanyalah duit yang banyak disimpan di Bank Negara dan Ringgit Malaysia bukan?

Apa kata kita luaskan skop pengetahuan dan pandangan tentang Bank Negara Malaysia dengan melawat Muzium & Galeri Seni Bank Negara Malaysia? Dengan melawati muzium ini, kita akan dapat mempelajari tentang beberapa perkara yang penting seperti perbankan Islam dan ilmu tentang kepentingan ekonomi. Kita boleh melihat koleksi-koleksi Bank Negara dari bumi Asia tenggara yang terkumpul sejak tahun 1962. Dekorasi muzium ini juga unik dan menarik.

Ikon Nautilus 

Salah satu element yang menonjol di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia ialah tangga Nautilus yang bermula dari lobi dan berhubung pada setiap aras. Struktur yang menakjubkan ini merupakan ikon utama inpirasi grafik. Ikon ini selalu digunakan dan disebar sebagai bahan komunikasi Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia. Sebagai elimen grafik, simbol yang berputar menggambarkan keinginian untuk mendalami ilmu tanpa noktah. Rekaan pergerakan ibarat aliran air melambangkan lontaran rasa ingin tahu and sentiasa tertanya-tanya. Pendek kata, pusingan ini membangkitkan perasaan ingin tahu.

Ada 6 galeri yang setiap satunya mempamerkan dan memaparkan info tersendiri. Mari kita lihat antara yang menarik di setiap galeri.

1. Galeri Seni

Galeri seni mengandungi koleksi karya seni visual Bank Negara Malaysia hasil lukisan karyawan tempatan dan Asia Tenggara sejak seawal tahun 1962. Koleksi ini memaparkan sorotan peristiwa penting negara dan merupakan satu cara bank pusat menyokong bidang seni termasuklah hasil karyawan tersohor seperti Mohd Hoessein Enas dan Yong Mung Sen, sehinggalah karyawan-karyawan muda pada masa ini.

  • Galeri Utara & Selatan.
  • 10000 Kaki Persegi.
  • Tingkat 3

 

2. Galeri Numismatik

Terokai sejarah awal mata wang dan kembali semula ke zaman ketika objek dalam berbagai-bagai bentuk dan saiz diterima sebagai mata wang. Sertai permainan ‘Perniagaan Barter’, ketahui kisah yang mengagumkan di sebalik setiap syiling, artifak dan khazanah menerusi pameran interaktif. Anda juga boleh saksikan pameran mata wang dunia yang menarik.

  •  River of Coins
  •  Permainan Barter
  •  Wang Kertas Dunia
  •  Tingkat  2

 

3. Galeri Bank Negara Malaysia

Ketahui fungsi, peranan dan tanggungjawab utama Bank Negara Malaysia untuk memelihara kestabilan kewangan dan kemakmuran ekonomi negara. Pameran yang bermaklumat dan menarik ini menceritakan fungsi serta sejarah Bank Negara Malaysia.

  •  Permainan Pelaburan
  •  Bilik Governor’s
  • Tingkat 1

 

4.Galeri Ekonomi

Ketahui bagaimana dasar ekonomi memberi impak terhadap negara dan terokai perkembangan Malaysia sejak kemerdekaan hingga ke hari ini. Selain itu, ketahui juga peranan Malaysia serta pencapaiannya dalam sistem kewangan dan ekonomi global.

  •  Ekspres Ekonomi Malaysia
  •  Potongan Suratkhabar Gergasi
  • Tingkat 1

 

5. Galeri Kewangan Dan Perbankan Islam

Terokai konsep perdagangan dan kewangan awal berasaskan Islam, yang bermula di Timur Tengah, dan kemudiannya tersebar ke Eropah dan kini tersebar luas hingga ke seluruh dunia. Konsep perkongsian, penubuhan syarikat, permodalan dan penggunaan cek dalam bentuk kertas adalah antara inovasi yang telah berkembang sejak beribu-ribu tahun dahulu.

  • Video Interaktif Glob
  •  Laluan Perdagangan Awal Islam
  • Tingkat 1

 

 

6. Galeri Kanak-kanak

Dengan pengisian permainan interaktif berasaskan ‘Simpan’, ‘Belanja’ dan ‘Kongsi’, galeri ini merupakan medium pendidikan kewangan yang unik untuk kanak-kanak. Alamilah ‘Terowong Sejuta Ringgit’ yang mempamerkan wang kertas dalam pelbagai siri dan denominasi.

  • Terowong RM1 Juta.
  • Cipta Wang Kertas Sendiri
  • Aras bawah

 

 

Waktu operasi Muzium dan Galeri Seni Bank bermula dari pukul 10 pagi hingga 6 petang setiap hari. Masuk adalah percuma. Tempat letak kenderaan yang  banyak disediakan di LG4 dan LG5 (tempat letak kenderaan di tingkat bawah tanah) Sasana Kijang.  Bayaran letak kenderaan untuk sekali masuk ialah sebanyak RM5.00.

Lokasi: Sasana Kijang, 2 Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia

 

Maklumat mengenai Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia di http://museum.bnm.gov.my

 

 

 

Artikel Lain Untuk Di Baca