Musim Monsun Baru Bermula, Lebih 100 Orang Dilaporkan Maut Akibat Dipanah Petir Di India

Lebih 100 individu maut akibat dipanah petir dalam dua kejadian berasingan di India setakat ini.

Menurut laporan The Guardian, 83 daripadanya terkorban di Bihar, manakala sekurang-kurangnya 22 lagi turut meninggal dunia di Uttar Pradesh, selain 12 mangsa pula mengalami kecederaan di negeri yang sama.

Bagaimanapun, jumlah mangsa yang tercedera di Bihar belum dimaklumkan lagi setakat ini, merujuk jurucakap kerajaan.

Kedua-dua negeri tersebut akan membayar pampasan bagi pihak keluarga mangsa yang terkorban dengan anggaran sekitar 400,000 Rupees (RM22,600).

Difahamkan, tragedi petir kilat sekitar Jun hingga September seperti yang berlaku tersebut merupakan fenomena biasa di India ketika musim monsun baru bermula, khususnya melibatkan wilayah di utara negara.

Namun, menurut Menteri Pengurusan Bencana, Lakshmeshwar Rai, jumlah mangsa yang terlibat kali ini adalah paling tinggi berbanding rekod tahun-tahun sebelumnya.

“Lebih separuh daripada mangsa terkorban itu adalah daripada wilayah utara dan timur Bihar,” katanya.

Rai memberi amaran bahawa kadar kematian dijangka akan meningkat sementara pihaknya sedang menunggu laporan perkembangan terkini daripada kerajaan negeri tersebut.

Sementara itu, Climate Resilient Observing Systems Promotion Council berkata, perubahan corak meteorologi menunjukkan musim cuaca kering yang lebih lama di antara musim hujan lebat juga merupakan faktor utama petir kilat berlaku lebih aktif.

Untuk rekod, sebanyak 225,508 kes serangan petir kilat dicatatkan di Bihar selain 322,886 kes lagi di Uttar Pradesh dengan melibatkan 394 kematian sepanjang 1 April hingga 31 Julai tahun lepas.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan petir, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca