Musim Haji Tahun Ini Bakal Cecah Suhu 50 Darjah Celsius

Musim haji tahun ini bakal mencecah suhu sehingga 50 darjah Celsius pada beberapa hari tertentu sahaja.

Pihak Berkuasa Kaji Cuaca dan Perlindungan Alam Sekitar telah menjangkakan kelembapan sehingga 85 peratus yang menjadikan suhu meningkat dengan lebih panas.

“Berkemungkinan akan turunnya hujan di Mekah setibanya para jemaah melakukan tawaf serta melawat kawasan berhampiran yang kerap dikunjungi ketika mengerjakan haji.”

Dijangkakan juga angin akan menerbangkan habuk dan kemungkinan hujan terutamanya pada waktu tengah hari dan petang di Mekah.

Dr Abdul Fattah Mashat iaitu Timbalan Menteri Haji mengatakan bahawa Kementerian Haji dan Umrah dengan kerjasama Sekretariat Bandar Raya Suci telah melancarkan satu prakarsa di mana mereka akan melaksanakan projek memasang asfalt untuk mengurangkan kepanasan di Mekah. Ia mungkin akan menurunkan suhu dari 15 sehingga 20 darjah Celsius.

“3,500 persegi telah ditutup setakat ini dan kawasan lain juga akan dibuat pada tahun hadapan,” jelasnya.

“Projek itu juga termasuk mengukur suhu setiap 10 saat melalui pengimbas yang diletakkan di bawah asfalt tersebut,” tambahnya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca