Mulakan Rusuhan, Penunjuk Perasaan Larikan 70 Buah Kereta Mewah

Umum sudah tahu, kebanyakan bandar di Amerika Syarikat kini sedang dilanda masalah apabila berlaku perhimpunan demi dapatkan keadilan buat George Floyd yang diragut nyawa kerana keganasan polis.

Namun, dalam perhimpunan itu ada beberapa sekumpulan yang cuba untuk mengambil kesempatan dengan memecah masuk kedai-kedai dan mencuri barang.

Pihak berkuasa California kini sedang membuat buruan ke atas peserta demostrasi yang melarikan lebih daripada 70 buah kereta mewah dari sebuah premis di San Francisco pada malam Ahad lalu.

Menurut pengedar kenderaan mewah Chrysler Dodge Jeep di San Leandro, Carlos Hidalgo, sekumpulan penunjuk perasaan yang menyertai perhimpunan bagi menuntut keadilan di atas pemergian George Floyde itu bertindak meninggalkan perhimpunan aman.

Mereka kemudian memulakan rusuhan sebelum memusnahkan premis-premis perniagaan di kawasan berkenaan.

Sekumpulan perusuh mula menceroboh premis tersebut dan mencuri peti simpanan kunci kenderaan-kenderaan di premis itu sebelum melarikan beberapa buah kereta mewah.

“Rusuhan ini dilakukan bukan untuk memperjuangkan sesiapa. Ia hanya untuk mencuri dan kejadian ini sangat mengerikan,” katanya.

Di samping itu, Jabatan Polis San Leandro, Leftenan Ted Henderson berkata, pihaknya tidak pasti sama ada kejadian tersebut adalah satu jenayah yang dirancang.

“Sehingga kini tiada tangkapan telah dibuat, tetapi pasukan polis sedang giat mencari video-video di media sosial mengenai kejadian itu selain cuba mendapatkan rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tersebut.

Kira-kira 25 kereta yang dilarikan telah ditemui tetapi dalam keadaan rosak selain beberapa bahagian kenderaan turut dicuri,” katanya.

Susulan itu, pengedar kenderaan mewah terbabit menganggarkan kerugian kira-kira RM21 juta dan kini merancang untuk mengupah pengawal bersenjata.

Untuk membaca artikel lain berkaitan protes, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca