Pelakon Ungku Ismail berkongsi perkembangan terkini Nad Zainal yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) KPJ Ampang Puteri sejak minggu lalu.
Ungku Ismail menyatakan Nad menunjukkan perkembangan positif sejak tiga hari lalu dan mula sedarkan diri, mengikut hantaran video di Instagramnya.

“Setiap hari ada perkembangan yang kecil. Tapi dalam masa yang sama ada keadaan agak membimbangkan juga apabila tiba-tiba oksigen serta darah tingginya naik turun” ujar Ungku Ismail.
“Bagaimanapun, Alhamdulillah ada progress. Dalam tiga hari lalu doktor dah kurangkan dos ubat tidurnya.
“Jadi dia ada buka mata serta gerak-gerakkan tangan… bila kita bercakap dengan dia hanya boleh menganggukkan kepala.
“Pada mulanya dia sedar itu dia agak panik apabila melihat keadaan di hospital tapi, kami cuba tenangkan dia.
“Dia sedar sekejap sahaja,” katanya.
Walaupun Nad menunjukkan perkembangan positif setiap hari, dia masih memerlukan pemantauan rapi di ICU.
“Nad masih dalam ICU, maka dia masih dalam keadaan kritikal.

“Tak boleh nak gembira sangat kerana masih menunggu untuk paru-parunya betul-betul sembuh kerana kini mesin pernafasan masih belum cabut walaupun kadarnya sudah dikurangkan.
“Selagi mesin pernafasan belum cabut saya masih tak keruan begitu juga keluarganya tak keruan melihat anak tunggalnya,” ujarnya.
Perkongsian itu merupakan perkongsian pertama Ungku Ismail selepas didakwa ‘merajuk’ dan berkecil hati dengan warganet.
“Saya tak merajuk, cuma saya terkilan apabila maklumat yang cuba saya sampaikan telah terpesong.
“Bila saya suruh doa tapi orang doakan hubungan saya pula. Saya ingatkan orang fokus mengenai keadaan Nad.
“Tapi video ini saya tujukan kepada ramai, boleh kata beribu yang DM meminta saya update perkembangan terbaharu Nad,” jelasnya.
Walau bagaimanapun, Ungku Ismail tidak putus-putus meminta agar semua terus mendoakan kesihatan Nad supaya dia sembuh seperti sediakala.
Farah Nadia Zainal Abidin yang dikenali sebagai Nad dilapor ditidurkan sejak minggu lalu susulan pendarahan pada bahagian paru-paru.
Perkembangan terkini Nad hampir setiap hari dimaklumkan oleh Ungku Ismail serta pengarah Sharulezah atau Budak Ijat.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: