Muka Lelaki India Dengan Misai Tebal Ini Sering Jadi Meme, Siapakah Dia?

Istilah meme ini digunakan sejak 1976 lagi oleh ahli biologi evolusi dari England, Richard Dawkins yang direkodkan di dalam bukunya, The Selfish Gene.

Disebut Mimeme oleh Dawkins, istilah ini berasal dari Yunani yang bermaksud ditiru atau tiruan dan dipendekkan menjadi meme. Dawkins mencipta istilah tersebut bagi menggambarkan sesuatu idea itu disebarkan dari generasi ke generasi.

Bagi anda yang sering menggunakan media sosial, pasti anda pernah melihat rupa lelaki India yang bermisai tebal ini. Gambar lelaki tersebut dinamakan sebagai Xavier.

Meme Xavier ini boleh ditemui di mana-mana sahaja baik Facebook ataupun Twitter.

Namun, betulkah Xavier namanya? Siapakah lelaki itu sebenarnya?

Idea lucu Xavier sebenarnya bermula dari Twitter dan mula menular ke Facebook sampailah terlahirnya satu halaman yang diberi nama sebagai Xavier dengan menggunakan gambar meme tersebut.

Sumber: Facebook

Difahamkan halaman Facebook yang popular itu sebenarnya adalah tiruan salah satu kandungan asal di platform Twitter seorang pelawak bernama Pakalu Papito.

Menurut laman web Know Your Meme, Pakalu Papito merupakan akaun komedi di Twitter yang aktif sejak 2013. Ciapan pertamanya adalah pada 12 Julai 2013 dengan kapsyen ‘Hello Twitter saya single.’ dalam bahasa Inggeris.

Sumber: Vocket

Seperti kebanyakan meme yang lain, Pakalu Papito adalah watak rekaan semata-mata dan berjaya meraih populariti pada 2015.

Walau bagaimanapun, populariti Pakalu Papito hanya bersifat sementara sahaja. Pada 2018, akaun Twitternya digantung dan halaman Facebooknya dipadam. Tidak jelas mengapa kedua-dua akaun itu hilang.

Setelah @pakalupapito disekat, akaun serupa yang dinamakan @pakalupapitow berjaya mendapat tempat. Ia menggunakan formula jenaka yang sama.

Bagaimanapun, tidak pasti sama ada individu yang berada di belakang kedua-dua akaun tersebut adalah orang yang sama atau pun tidak.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca