Muka Breakout Akibat Selalu Pakai Mask? Ini 5 Tips Untuk Anda

Muka Breakout Akibat Mask

Sebelum negara kita dilakukan lockdown baru-baru ini, pasti ramai diantara kita yang sentiasa memakai pelitup muka sepanjang masa sehingga muka breakout.

Muka Breakout atau kenaikan jerawat di muka akibat pemakaian pelitup muka adalah disebabkan pengumpulan bakteria yang terjadi dari kombinasi beberapa perkara.

Contohnya keadaan lembab pada pelitup muka, karbon dioksida serta udara suam yang terhasil dari nafas kita.

Bukan itu saja, ada juga yang mengalami breakout kerana pelitup muka yang mempunyai bahan pengawet seperti formaldehid sehingga menyebabkan kulit muka menjadi merah, gatal-gatal & tumbuh jerawat.

Jika ini apa yang berlaku pada anda, jangan panik. Berikut adalah 5 tips mudah untuk anda ikuti untuk mengatasi masalah ini:

1. Tukar Mask Setiap 3-4 Jam

Sumber: Popular Mechanics

Jika anda berada di luar rumah untuk jangka masa yang lama, pastikan anda membawa pelitup muka tambahan untuk ditukar setiap 3-4 jam. 

Elakkan dari mengguna pelitup muka yang sama sepanjang hari agar muka anda tidak terdedah kepada bakteria yang terkumpul di mask anda.

2. Cuci Pelitup Muka Jenis Kain

Sumber: Wirecutter

Selain itu, jika anda menggunakan pelitup muka jenis kain yang selamat untuk digunapakai, pastikan anda mencucinya setiap hari.

Jangan biarkan ia tidak bercuci selama berhari-hari, bakteria, peluh dan kulit mati adalah penyebab jerawat naik.

3. Kurangkan Penggunaan Mekap

Sumber: NBC News

Bagi anda yang kerap memakai mekap, anda digalakkan untuk cuba mengurangkan penggunakan mekap seperti foundation. 

Penggunaan mekap yang tebal dicampur dengan face mask akan menyebabkan liang pori muka anda tersumbat lalu menyebabkan jerawat.

4. Guna Produk Yang Mengandungi Antibakteria

Sumber: KJM Services

Seperti yang sudah dijelaskan, muka breakout akibat selalu pakai mask terjadi kerana perkumpulan bakteria. 

Jadi, anda perlu mencari produk penjagaan kulit yang mengandungi bahan antibakteria. Anda boleh baca artikel ini sebagai contoh bagi produk tersebut.

5. Guna Produk Yang Dapat Melembutkan Kulit

Sumber: SELF

Apabila muka tengah naik jerawat, anda perlu menggunakan produk yang mengandungi bahan yang boleh menenangkan kulit seperti centella, seaweed dan calendula.

Anda juga boleh melakukan carian seperti ‘skin-soothing ingredients’ untuk mendapatkan lebih banyak contoh produk.

Kalau tiada hal penting, duduk saja dirumah. Selain dapat elak dari muka breakout, boleh juga buat facial treatment untuk hilangkan jerawat kan? Good luck!

Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan tips penjagaan wajah, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca