MUIS Dan SFA Bekerjasama Bagi Menyiasat Status Halal Pusat Sembelihan Daging Yang Dieksport Ke Malaysia

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) melaksanakan kerjasama dengan Agensi Makanan Singapura (SFA) bagi memperoleh kesahihan maklumat tentang sebuah pusat penyembelihan di Australia yang mengeskport daging ke negara ini.

Melalui satu kenyataan media bersama oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negara itu pada Sabtu lalu. Tindakan telah diambil mengenai isu berkenaan dengan menggantung serta-merta kelulusan loji sembelihan kendalian Thomas Foods International Lobethal sehingga hasil siasatan menyeluruh diperoleh.

Siasatan ini dijalankan ke atas loji sembelihan tersebut ekoran dakwaan berlaku pelanggaran serius terhadap prosedur operasi standard (SOP) penyembelihan halal.

“Kami sedia maklum bahawa loji sembelihan berkenaan, Thomas Foods International Lobethal, diiktiraf oleh SFA untuk mengeksport daging ke Singapura,” menurut MUIS dalam Facebook.

“Berdasarkan pemeriksaan SFA, import daripada perniagaan itu memenuhi syarat-syarat keselamatan makanan. Penyembelihan dan atau daging diproses di loji sembelihan itu disahkan halal oleh Majlis Tertinggi Islam bagi Daging Halal di Australia Inc (SICHMA).”

Menerusi kenyataan MUIS, SICHMA disenaraikan sebagai antara Badan Pengiktirafan Halal Luar Negara (FHCB) yang diiktiraf MUIS di bawah rangka kerja pengiktirafan sebelum ini.

Majlis itu sudahpun menyerahkan satu permohonan baru bagi mendapat pengiktirafan di bawah rangka kerja FHCB MUIS yang dipertingkat yang mana telah diperkenalkan pada baru-baru ini.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca