Anggota bomba yang cedera dibelasah pada insiden Kuil Sri Maha Mariamman pada 26 November yang lalu, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, dilaporkan meninggal dunia pada jam 9.41 malam tadi.

Jenazah Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, selamat diterbangkan menaiki helikopter MI17-IV milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke Kedah, hari ini.

Penerbangan dilakukan jam 8.50 pagi, dan dijangka tiba di Alor Setar sekitar jam 10.30 pagi.

 

 

Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba di Pangkalan Udara JBPM di Subang, jam 7.55 pagi selepas solat jenazah di Institut Jantung Negara (IJN).

Jenazah yang diiringi ahli keluarga dan pegawai bomba diterbangkan pulang ke kampung halamannya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah untuk proses pengebumian. Jenazah dimaklumkan akan dikebumikan selepas solat Zohor.

Helikopter dijadualkan mendarat di padang Sekolah Kebangsaan ( SK ) Tebengau, Kedah. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir buat hero negara itu.

Menurut pihak polis, kes tersebut kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Takziah diucapkan buat ahli keluarga Allahyarham. Al-Fatihah.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda