Mufti: Waktu Solat Subuh Di Melaka Dilewatkan 8 Minit

Mufti Kerajaan Negeri Melaka iaitu Datuk Abdul Halim Tawil menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa waktu solat Subuh di negeri tersebut dilewatkan lapan minit berbanding takwim solat sedia ada dan ia berkuat kuasa secara serta-merta.

Difahamkan, keputusan bagi melaksanakan perkara tersebut telah mendapat persetujuan daripada Majlis Agama Islam Melaka.

“Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-116 pada 20 hingga 21 November lepas memutuskan bahawa perubahan waktu solat Subuh yang perlu dilewatkan sebanyak lapan minit membabitkan seluruh negara.”

“Kita telah sokong perkara itu dalam Jawatankuasa Fatwa dan pemakluman pelaksanaannya dikeluarkan hari ini,” katanya pada Isnin.

Pada 29 November lepas, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Datuk Mohamad Nordin Ibrahim mengatakan bahawa meskipun penyelarasan waktu solat Subuh dilewatkan lapan minit perlu dibuat di seluruh negara, kata putus adalah tertakluk kepada setiap negeri.

Untuk baca artikel lain yang membincangkan soal agama, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca