Muat Naik Video TikTok Sokong Israel, Lelaki Ini Didapati Positif Dadah

Baru-baru ini, seorang penjawat awam membuat provokasi di media sosial sehingga membangkitkan kemarahan orang ramai apabila menyatakan sokongan secara terbuka terhadap kekejaman rejim zionis.

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah iaitu Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata lelaki berusia 31 tahun itu ditahan selepas diminta hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Melaka Tengah semalam.

“Pihak polis Melaka Tengah menerima laporan berkaitan kes video tular suspek yang menyokong Israel dalam aplikasi TikTok. Hasil siasatan kami mendapati suspek telah memuat naik video itu dengan nama pengguna @pahlawan90 sehingga menimbulkan reaksi negatif masyarakat.

Suspek yang merupakan penjawat awam di Melaka telah dipanggil untuk diambil keterangan dan hasil saringan ujian air kencing yang dilakukan mendapati lelaki itu positif dadah jenis morfin,” jelas Afzanizar.

Sumber: Wow Berita

Sementara itu, hasil siasatan turut mendapati lelaki terbabit disyaki berada di bawah pengaruh dadah ketika membuat rakaman video berkenaan sebelum muat naik ke media sosial.

“Pihak polis berjaya merampas satu telefon bimbit yang dipercayai digunakan suspek ketika memuat naik video tersebut di aplikasi TikTok. Suspek kini ditahan reman selama dua hari di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Lelaki itu juga disiasat di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia kerana memuat naik video menyentuh sensitiviti agama,” tambahnya.

Dalam pada itu, Afzanizar turut menyeru kepada orang awam untuk menggunakan media sosial dengan bertanggungjawab tanpa membuat kenyataan yang menyentuh sensitiviti mana-mana agama dan masyarakat yang berbilang kaum.

Buat anda yang masih keliru, seorang penjawat awam dipercayai kakitangan penjara Sungai Udang telah memuat naik rakaman video berdurasi 59 saat ke TikTok.

Video itu tular selepas lelaki itu menyatakan sokongan secara terbuka terhadap kekejaman Israel kepada masyarakat Palestin. Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca