Muat Naik Video Boleh Dapat Duit Banyak? Ini 5 Perkara Penting Untuk YouTuber Jana Keuntungan Lumayan

Meniti zaman canggih ini, terdapat banyak saluran yang boleh dijadikan sebagai platform untuk menjana pendapatan sama ada secara sambilan ataupun sepenuh masa. Antara platform yang paling mudah dan popular dalam kalangan masyarakat masa kini ialah aplikasi YouTube. Pasti ada antara pembaca yang belum mengetahui bagaimana YouTuber menjana pendapatan mereka melalui aplikasi ini.

Justeru itu, penulis kongsikan kepada pembaca berkenaan lima faktor yang mempengaruhi YouTuber untuk memperoleh pendapatan:

1. Trafik kawasan

Tahukah anda? Jumlah komisen yang diperoleh bagi setiap YouTuber adalah berbeza mengikut negara yang diduduki. Contohnya, United Kingdom dan Amerika Syarikat merekodkan trafik yang mempunyai caj per klik (CPC) yang paling tinggi.

Oleh itu, pihak YouTube akan membayar lebih bagi kedua-dua negara ini. Maka, tidak hairanlah jika Youtuber di United Kingdom dan Amerika Syarikat berpeluang memperoleh pulangan yang lebih tinggi berbanding negara-negara lain.

2. Niche video

Faktor seterusnya ialah niche video. Niche video merupakan iklan yang dipaparkan sewaktu penonton memainkan video di YouTube. Oleh itu, penyiaran niche video adalah faktor yang agak kritikal untuk menentukan jumlah CPC. Ini kerana, tidak semua penonton gemar menonton iklan.

3. Jenis pengiklanan yang disiarkan

Terdapat banyak jenis pengiklanan di Youtube. Antara jenis iklan yang boleh memberi pendapatan kepada YouTuber ialah TrueView dan Bumper. Pendapatan melalui jenis iklan ini diperoleh mengikut jumlah bilangan tontonan.

Iklan TrueView ialah iklan yang mengenakan caj kepada pengiklan sekiranya penonton melihat iklan tersebut. Sebaliknya, jika penonton tidak melihat iklan berkenaan, caj tidak akan dikenakan.

Iklan jenis Bumper pula mempunyai konsep yang sama namun yang membezakannya ialah penyiaran iklan ini berlangsung selama 6 saat sahaja. Sekiranya penonton tidak menekan skip, YouTuber akan mendapat bayaran. Bagaimanapun, jika penonton menekan butang skip, YouTuber tidak akan memperoleh sebarang komisen.

4. Kepanjangan durasi tontonan

Untuk pengetahuan anda, pihak YouTube dan Google lebih berminat sekiranya video yang dimuat naik dilihat oleh penonton sehingga ke penghujung rancangan. Menerusi ciri ini, pihak YouTube dan Google akan meletakkan jenis iklan yang lebih tinggi daripada CPC.

Menariknya, lebih lama durasi sesuatu video, lebih banyak iklan yang bakal disiarkan. Hal ini mendorong YouTuber mendapat pulangan duit yang sangat lumayan.

5. Jumlah pelanggan

Sekiranya jumlah subscriber adalah ramai, Youtuber akan mendapat iklan CPI dan CPC yang lebih bagus berbanding siaran yang memiliki jumlah pelanggan yang sedikit.

Aplikasi ini sememangnya membantu semua golongan untuk menjana pendapatan yang lebih lumayan. Maka, tidak hairanlah sekiranya ramai di antara kita yang memanfaatkan aplikasi Youtube sebagai medan perkongsian video dan sebagainya.

Sebagai makluman, pihak Lejen Press turut memiliki akaun YouTube yang menyiarkan pelbagai topik atau isu menarik khas buat semua pengguna aplikasi ini. Terdapat pelbagai segmen menarik yang akan dimuat naik menerusi saluran kami iaitu Lejen TV.

Menariknya, baru-baru ini, Lejen Tv telah memuat naik sebuah video yang memaparkan sketsa bertajuk ‘Ragam-Ragam Orang Di Pejabat’. Gelagat dan ragam yang dipamerkan oleh barisan pelakon Lejen pastinya membuatkan anda berasa geli hati. Untuk melihat video penuh sketsa tersebut, anda boleh tonton video berikut:

Penulis

  • Muhammad Bukhairi Bin Dalugamin @ Dulgamin adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri, Fakulti Filem, Teater dan Animas
  • Artikel Lain Untuk Di Baca