Muat Naik Video ‘Aksi’ Panas, Zul Ariffin Tampil Mohon Maaf

Aktor ternama tanah air iaitu Zul Ariffin dikecam hebat selepas memuat naik babak teaser drama terbaharu beliau yang tidak mematuhi syariah dan disifatkan keterlaluan oleh rata-rata warganet.

Pelakon J Revolusi itu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dengan memuat naik satu hantaran di Instagram story miliknya.

Sumber: Instagram @zul_ariffin

“Dengan hati terbuka, saya ambil maklum di atas semua respons daripada banyak pihak berkenaan klip video yang dipaparkan sebelum ini.

Saya memohon maaf kepada semua yang terkesan daripada tindakan memuat naik video berkenaan. Selepas ini saya akan lebih meneliti dan berhati-hati untuk memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepada saya untuk dipromosikan di media sosial,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zul turut bertindak memadam video kontroversi berkenaan daripada akaun Instagram miliknya.

Sumber: Instagram @zul_ariffin

Menerusi satu ciapan di laman Twitter, Menteri Komunikasi dan Multimedia iaitu Tan Sri Annuar Musa berkata proses undang-undang sedang berjalan dan Zul Ariffin bakal disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

“Proses undang undang berjalan. Pelakon Zul Arifin akan disiasat di bawah seksyen 233 Akta KMM kerana posting YouTube yang menyalahi undang-undang.

Apa yang pasti adegan seperti yg dipaparkan itu tidak akan dibenarkan tayang sama ada bulan Ramadan atau bulan yang lain. Jagalah nilai dan budaya,” jelasnya.

Buat anda yang masih keliru, Zul menerima kecaman hebat selepas menimbulkan kontroversi apabila berkongsi babak tidak sopan yang bergandingan dengan heroin drama iaitu Siti Hariesa di Instagram baru-baru ini. Apa pendapat anda?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca