Muat Naik Status ‘Racist’, Akaun Twitter Mariah Carey Digodam Individu Tidak Bertanggungjawab

Penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Mariah Carey menutup tahun 2019 dengan kisah malang apabila akaun Twitter miliknya digodam individu tidak bertanggungjawab.

Menerusi laman media sosial selebriti itu, pengodam telah memuat naik beberapa status berbaur perkauman dan komentar negatif mengenai penyanyi rap popular, Eminem pada 31 Disember lalu.

Meskipun kesemua status negatif yang dikongsikan bersama 21.4 juta pengikutnya sudah berjaya dipadamkan, masih ada segelintir individu yang melakukan troll kepada peminat Mariah Carey.

Penggodam terbabit telah memuat naik pelbagai status negatif dan rasis termasuk komentar berbaur lucah yang ditujukan kepada penyanyi rap, Eminem.

Status mengenai Eminem paling menjadi perhatian warganet ekoran Mariah Carey pernah bersengketa dengan selebriti yang popular dengan lagu Slim Shady berkenaan beberapa tahun lalu.

Mendakwa dirinya sedang tidur semasa penggodaman itu berlaku, penyanyi wanita yang terkenal dengan lagu Emotions itu nyata berang dengan hal yang menimpanya selain sempat memuat naik satu status di akaun terbabit.

Sementara itu, lagu klasik Mariah Carey berjudul All I Want For Christmas is You berjaya menduduki tangga teratas Carta Billboard US 25 tahun selepas ia diterbitkan.

Untuk membaca artikel lain berkaitan selebriti luar negara, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca