Muat Naik Gambar Menyerupai Wanita, Safiey Ilias Terima Kecaman Warganet

Sebelum ini, seorang usahawan kosmetik pernah tular di media sosial selepas berazam mahu kembali semula ke jantina asalnya. Berita terbabit disambut baik oleh warganet yang rata-ratanya mendoakan yang terbaik buat individu berkenaan.

Walau bagaimanapun, usahawan yang dikenali sebagai Safiey Ilias itu telah memuat naik sekeping gambar dirinya yang menyerupai seorang wanita di laman Instagram miliknya.

Menerusi posting terbabit, Safiey dia mahu membuka lembaran baharu dan mengurangkan rakan-rakan yang tidak berfaedah.

Selain itu, Safiey juga meminta orang ramai mendoakannya agar tidak lagi memuat naik sebarang video kontroversi. Malah, usahawan terbabit juga mahu diberi teguran sekiranya dia bertindak keterlaluan.

Namun begitu, sebaik sahaja gambar dirinya yang menyerupai wanita itu dimuat naik ke akaun Instagram miliknya, ramai warganet yang berasa geram dan berpendapat usahawan kosmetik tersebut seolah-olah mempersendakan agama.

Sehingga kini, masih tiada lagi kenyataan yang dikeluarkan oleh usahawan kosmetik tersebut mengenai dakwaan dia sudah berubah imej semula kepada seorang wanita.

Untuk membaca artikel lain mengenai Safiey Ilias, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca