Muat Naik Gambar Di Lokasi Yang Sama, Woosung Dan Lee Yoo Bi Jalin Hubungan Cinta?

Perkongsian foto yang dimuat naik menerusi laman Instagram kedua-dua selebriti Korea ini secara tidak langsung menimbulkan spekulasi warganet terhadap hubungan antara Woosung dan Lee Yoo Bi.

https://www.instagram.com/p/B4w_qS8n0mx/

View this post on Instagram

😘

A post shared by μ΄μœ λΉ„ Yubi Lee (@yubi_190) on

Hal ini berlaku kerana gambar yang dimuat naik oleh mereka memperlihatkan lokasi yang sama iaitu di Paris.

Walau bagaimanapun, wakil daripada agensi selebriti ini tampil dan menegaskan bahawa kedua-dua artis ini sama sekali tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa sebagaimana yang didakwa oleh segelintir peminat.

Jelasnya lagi, Woosung dan Lee Yoo Bi berada di Paris secara kebetulan sahaja. Ini kerana, mereka perlu menghadiri sebuah acara yang sudah diaturkan oleh pihak syarikat.

Menurut wakil agensi selebriti tersebut, hubungan yang dibina antara kedua-dua artis adalah tidak lebih daripada sekadar kawan.

Maka, pertemuan antara dua selebriti ini di Paris merupakan aktiviti yang sudah dijadualkan.

Susulan daripada gosip yang tular, kebanyakan peminat ternyata berharap agar Woosung dan Lee Yoo Bi menjalinkan hubungan cinta memandangkan mereka kelihatan sangat sesuai bersama sebagai pasangan kekasih.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca