Muat Naik Foto Tayang Cincin, Adakah Harris Alif Bakal Lamar Intan Ladyana?

Harris Alif telah memuat naik sekeping foto di laman Instagram memaparkan dirinya menyerahkan sebentuk cincin kepada seorang wanita. Wanita dalam foto berkenaan pula dipercayai merupakan kekasihnya iaitu aktres terkenal tanah air, Intan Ladyana.

Hantaran penyanyi dan pelakon berkenaan di laman Instagram tidak dinafikan telah mengundang pertanyaan orang ramai sehingga ada yang membuat andaian bahawa pasangan itu sudah mengikat tali pertunangan dan bakal ke fasa seterusnya dalam hubungan mereka.

“Semoga cinta kita mekar selamanya,” tulisnya ringkas.

Sumber: Instagram @harrisalif

Walaupun begitu, Harris tidak mahu mengulas lanjut berkenaan foto tersebut dan sebaliknya meminta peminat mendoakan yang terbaik serta menyerahkan sepenuhnya kepada Allah SWT.

“Saya minta maaf. Buat masa ini, saya tidak mahu komen mengenainya. Bab perkahwinan ini saya serahkan kepada kuasa Allah SWT. Kalau ada jodoh, Insya-Allah adalah.

Saya terima sahaja. Kita doakan sahaja perkara baik-baik. Kalau ada apa-apa perkembangan. sudah tentu saya akan maklumkan selepas ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Harris percaya bahawa ia bukan satu faktor penghalang ketika menerima soalan sama ada dia bersedia untuk menggalas tanggungjawab sekiranya bakal bergelar suami pada usia muda.

Sumber: Instagram @harrisalif

“Kalau bercakap tentang tanggungjawab, ia bukanlah terletak pada umur semata-mata. Tanggungjawab itu sebenarnya harus dilihat pada diri kita sendiri.

Soal tanggungjawab ini terpulang kepada diri sendiri. Tidak semestinya individu itu tidak bertanggungjawab sekiranya dia masih muda dan begitu juga sebaliknya,” tambahnya.

Buat anda yang masih keliru, Harris mengaku bahawa dia sedang bahagia bercinta dengan pelakon Adnan Sempit itu dan turut menjelaskan bahawa perbezaan umur 17 tahun bukan penghalang untuk mereka meneruskan hubungan tersebut.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan selebriti tempatan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca