Muat Naik Foto Mesra Di Dalam Kereta, Kasih Aliff Aziz Dan Bella Astillah Bertaut Kembali?

Pelakon yang mula menempa nama dalam industri hiburan, Bella Astillah dan bekas suaminya iaitu Aliff Aziz mencuri perhatian warganet apabila mereka memuat naik foto bersama di Instagram Stories (IG Stories) pada Sabtu lalu.

Menerusi perkongsian di IG Stories Bella, dia dilihat merangkul tangan seorang lelaki yang dipercayai selebriti kelahiran Singapura itu yang sedang duduk di tempat duduk pemandu.

Menguatkan lagi spekulasi tersebut adalah apabila penyanyi yang dulunya terkenal menerusi lagu berjudul Sayang Sayang itu turut memuat naik satu swafoto di dalam kereta yang memperlihatkan bekas isterinya berada di tempat duduk belakang dengan pakaian yang sama dengan foto dikongsi Bella.

Kedua-dua foto itu sekali gus menimbulkan persoalan dalam kalangan warganet. Ramai yang beranggapan bahawa kasih mereka sudah bertaut kembali.

Pada masa yang sama, Bella yang berusia 26 tahun turut memuat naik perkongsian ibu kepada Aliff iaitu Fiza Aziz berkenaan mutiara kata yang diambil daripada akaun Twitter Mufti Menk.

Mutiara kata itu seolah-olah memberi gambaran tentang hubungan Bella dengan Aliff di mana ia menyentuh berkenaan kesilapan lalu dan saranan menjadi manusia lebih baik berbanding sebelum ini.

Terdahulu, pelakon drama berjudul Cinta Belum Tamat Tempoh itu menerima kecaman hebat daripada warganet selepas membuat siaran langsung di Instagram bersama Aliff. Ramai yang menyifatkan Bella mahu meraih perhatian dengan berbuat demikian.

Untuk rekod, Aliff dan Bella sah bercerai dengan talak satu pada 16 Mei 2019 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur selepas beberapa episod kecurangan berlaku.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak iaitu Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.

Apa-apa pun, kami doakan yang terbaik buat Aliff dan Bella.

Untuk baca artikel lain mengenai Aliff dan Bella, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca