Datuk Seri Siti Nurhaliza melancarkan lagu terbaharunya iaitu duet bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta yang diberi tajuk 7 Nasihat semalam.
Walaupun lagu itu baru sahaja dilancarkan pada jam 12 tengah malam tadi, terdapat satu cerita yang kurang enak didengar.
Mana tidaknya, beberapa individu tidak bertanggungjawab dikatakan mengambil kesempatan dengan memuat naik lagu itu di laman YouTube peribadi mereka.
— Siti Nurhaliza (@CTNurhaliza11) February 20, 2020
Sebagai respons, penyanyi pujaan ramai itu memohon individu berkenaan untuk menghormati hak cipta dan karya penggiat seni dan hiburan tanah air.
Tambahnya, Siti Nurhaliza Productions (SNP) dan Universal Music akan terus memantau perkara tersebut.
Sebagai amaran, tindakan selajutnya menanti individu tidak bertanggungjawab tersebut sekiranya mereka bertegas tidak mahu memadamkan video berkenaan.
Dalam pada itu, Siti turut memohon bantuan daripada para peminat untuk membuat laporan terhadap akaun-akaun yang mengambil kesempatan.
Kepada yang mahu mendengar lagu terbaharu Siti, anda boleh mendengarnya di aplikasi penstriman muzik seperti Joox, KKBOX dan Apple Music.
Untuk baca lebih banyak artikel berkaitan Siti Nurhaliza, anda boleh klik pada pautan di bawah: