Pada tahun 2017, sebuah lukisan yang dikenali sebagai ‘Mr Pynchon and the settling of Springfield’ menjadi perbualan hangat di kalangan pengguna laman sosial. Lukisan yang berlatar belakangkan keadaan sekitar 400 tahun lalu ini merupakan karya seorang pelukis Itali yang bernama Umberto Romano. Lukisan ini mula dilukis pada tahun 1937.
Ia mengisahkan tentang penemuan dua puak orang asli Amerika iaitu Pocumtuc dan Nipmuc bersama peneroka Inggeris di Agawan atau kini lebih dikenali sebagai Massachusetts.
Lukisan ini tidak semahal atau terkenal seperti karya agung pelukis terkenal dunia seperti Leonardo da Vinci, Pablo Picasso, Vincent van Gogh dan ramai lagi.
Tetapi, lukisan ini mula menjadi tumpuan dunia kerana terdapat sebuah objek ganjil berbentuk segi empat jelas kelihatan pada bahagian bawah kanan lukisan. Objek ini dipegang oleh seorang lelaki suku puak asli Amerika dan ia kelihatan seperti sebuah telefon pintar.
Pakar sejarah dari Universiti Pennsylvania, Dr. Margaret Brucha berkata, bukan mudah bagi pengkaji mendapat bukti yang kukuh dalam tempoh masa terdekat.
Ia memerlukan pelbagai kajian dan ujian kerana karya artis dari Itali itu berkategorikan romantis yang memperjuangkan karya berbentuk abstrak.
Menurut tokoh sejarah barat, Daniel Crown, objek pada lukisan berkenaan disifatkan sebagai alatan perhiasan cermin tangan. Selain itu, karya ini turut memaparkan gambaran tentang kemodenan dunia bangsa Inggeris sewaktu bertemu suku puak asli di Amerika Syarikat.
Sesetengah pihak percaya wujudnya penjelajahan masa dan objek tersebut merupakan sebuah telefon pintar. Tetapi, Objek pada lukisan ini masih menjadi misteri.