Sebut sahaja MR D.I.Y, pastinya akan terbayang pelbagai jenis barang serbaguna daripada perkakas rumah hinggalah aksesori kereta.
Kadang kala, tiada perkara penting untuk membeli tetapi masih juga masuk ke dalam kedai untuk ‘mencuci mata’. Akhirnya, keluar dari kedai dengan sekurang-kurangnya satu beg plastik.
Ketika ini, ke mana sahaja di sesebuah pusat membeli-belah, deretan rumah kedai pasti sekurang-kurangnya terdapat sebuah kedai MR D.I.Y.
Tahukah anda, kedai pertama MR D.I.Y terletak di mana?
MR D.I.Y bermula pada tahun 2005. Terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Namun, ketika itu ianya merupakan kedai perkakasan barangan rumah yang biasa, seperti mana di tempat lain.
Sehingga hari ini, kedai MR D.I.Y menawarkan suasana membeli-belah yang lebih menarik dan moden. Semua barangan keperluan rumah boleh didapati dengan mudah di bawah satu bumbung.
Ia menjadi peruncit perkakasan rumah terbesar di Malaysia. Kini, terdapat separuh ribu buah cawangan di seluruh negara. Selain itu, beberapa di negara jiran iaitu Brunei, Thailand, Vietnam dan Indonesia.
Bagi yang tertanya-tanya bagaimana kedai MR D.I.Y ini dapat berkembang secara meluas.

Menurut majalah antarabangsa, Forbes, adik-beradik Tan, iaitu Tan Yu Yeh dan Tan Yu Wei yang memiliki MR D.I.Y Group (M) Bhd merupakan muka baru hartawan terkaya.
Kekayaan Yu Yeh dianggarkan bernilai AS$1.8 bilion (RM7.4 bilion). Sementara itu, kekayaan Yu Wei sekitar AS$1.1 bilion (RM4.54 bilion).
Selain itu, Forbes memaklumkan bahawa kekayaan dua beradik itu hasil daripada pegangan dalam perniagaan kedai perkakasan kediaman MR D.I.Y.
Kisah disebalik pendidikan, Yu Yeh tidak mempunyai ijazah perniagaan. Beliau hanya belajar fizik di Universiti Malaya. Begitu juga dengan Yu Wei, belajar dalam jurusan pengurusan di USM.
Bermula dari kedai perkakasan biasa, kini mereka telah membuka beratus cawangan dalam negara. Terdapat lebih 20,000 produk yang tergolong dalam sembilan kategori boleh didapati dalam kedai MR D.I.Y.
Bahkan juga, pelanggan yang datang ke MR D.I.Y mencecah lebih 80 juta orang setahun. Setiap bulan, barangan import melebihi 200 kontena berisi perkakasan rumah dari China, Thailand, Indonesia dan Vietnam untuk dibawa masuk ke Malaysia.
Konsep mudah mereka gunakan, sekali anda masuk ke dalam MR D.I.Y, sudah tentu barang yang diperlukan pasti mudah didapati. Menarik bukan?
Jika anda perasaan, pusat membeli-belah seperti Tesco, Aeon dan Giant, sudah tentu kedai MR D.I.Y turut berada dalam situ. Ini merupakan kerjasama yang dibuat antara MR D.I.Y Group dengan 3 syarikat terkenal tersebut.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: