MPP UiTM Patut Adakan Slot Cara-Cara Elak Ditipu MLM

Baru-baru ini kecoh mengenai sindiket penipuan pemasaran pelbagai peringkat atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Multi Level Marketing (MLM) yang menggunakan helah mereka untuk menjerat pelajar-pelajar universiti awam supaya menyertainya.

Difahamkan, mereka akan mengajak para pelajar yang dilihat menunjukkan minat menghadiri seminar keusahawanan. Peluang itu digunakan sebaik mungkin untuk mengaburi pelajar dengan mempamerkan segala kemewahan kononnya milik ejen mereka.

Selain itu, dipercayai mereka berjaya menarik ramai pelajar dengan kenyataan bahawa syarikat tersebut mengamalkan prinsip syariah dalam pentadbiran dan perniagaan mereka. Hal ini kerana, mereka sering menyelitkan pesanan dan amanat anbia dalam setiap pertemuan atau seminar yang dianjurkan.

Namun, menurut Muhammad Aznur Shah Azman iaitu Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) menggesa semua mahasiswa menolak perniagaan MLM selain lebih berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh dengan sindiket berkenaan.

“Sindiket ini mengambil kesempatan ke atas sifat ingin tahu dan mempamerkan gaya hidup mewah kepada mahasiswa kampus melalui pelbagai medium dan platform,” Katanya dalam Utusan Online semalam.

Seterusnya, beliau berkata “penglibatan mahasiswa secara ugutan, paksaan serta diarah berhutang semata-mata terlibat dalam perniagaan MLM ini secara tidak langsung turut memberi impak negatif dalam kawasan kampus.” Ujarnya lagi.

Oleh itu, MPP patut mengadakan slot cara-cara untuk mengelak daripada ditipu oleh MLM pada minggu orientasi kepada semua pelajar junior kerana scammer ini selalunya menyasarkan pelajar junior yang naif dan tidak tahu apa-apa. Hal ini bukanlah sesuatu perkara yang baru terjadi dalam kalangan pelajar tetapi ia semakin serius dan sangat membimbangkan.

Artikel Lain Untuk Di Baca