MPN Mencadangkan Agar Sempadan Negara Dibuka Sepenuhnya Pada 1 Mac Ini Tanpa Perlu Kuarantin Wajib

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bahawa pihaknya mencadangkan agar sempadan negara dibuka sepenuhnya pada 1 Mac ini tanpa perlu kuarantin wajib.

Namun demikian, beliau berkata ujian COVID-19 harus dilakukan mengikut syor Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum berlepas dan sebaik sahaja tiba di pintu masuk utama negara.

MPN memutuskan demikian selepas mendengar cadangan yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud pada baru-baru ini.

“Maka MPN bersetuju supaya sempadan negara dapat dibuka sepenuhnya seawal 1 Mac ini tanpa keperluan kuarantin wajib.”

“Pembukaan sempadan negara perlu dilaksanakan secara terancang dan berdasarkan penilaian risiko,” kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MPN kedua pada hari Selasa.

Beliau berkata, pembukaan sempadan antarabangsa itu adalah terpakai kepada semua negara.

“Menteri Kesihatan bagi tahu tadi dalam taklimat kalau kita nak pilih negara, Omicron dah ada dalam seluruh negara dan masyarakat. Jadi tak boleh memilih.”

“Tapi mungkin akan ada maklumat lanjut yang akan diumumkan Kementerian Kesihatan nanti. Saya hanya mengumumkan keputusan MPN,” jelas beliau.

Beliau turut menyifatkan ia sebagai satu keputusan yang baik dalam merancakkan semula pemulihan sistem ekonomi negara.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca