Motosikal Elektrik Paling Maskulin, Kenali Zeus Bobber Dengan 190 Kuasa Kuda

Curtiss Motorcycles memperkenalkan motosikal elektrik yang mempunyai kuasa luar biasa dan disasarkan buat pengemar kelajuan.

Dinamakan Zeus Bobber, dengan berat sekitar 215 kilogram dan berjaya merekodkan kelajuan 0 ke 100km/j dalam jangka masa 2.1 saat sahaja. Semuanya dibantu oleh enjin elektrik yang mempunyai 190 kuasa kuda.

Lebih menarik, pengecasan penuh bateri Zeus Bobber membolehkan motosikal ini bergerak sejauh 450 kilometer.

Warna hitam dipilih bagi menampakkan sisi maskulin motosikal elektrik ini dan ditambah dengan beberapa sisi luaran
yang hitam berkilat.

Curtiss Motorcycles mula membuka tempahan bagi model ini dengan harga RM250,494.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca