Motosikal Dirempuh Pemandu Mabuk, Pekerja Kontrak Ini Temui Ajal Di Tempat Kejadian

Seorang lelaki yang sedang dalam perjalanan pulang selepas menghantar makanan yang dijual oleh isterinya menemui ajal apabila motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta yang dipercayai dipandu lelaki mabuk.

Memetik laporan Astro Awani, insiden yang berlaku sekitar jam 1.30 pagi di Lebuh Raya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara itu menyebabkan Mohamed Zaili Mohamed maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur iaitu ACP Zulkefly Yahya, akibat rempuhan itu, mangsa yang berusia 44 tahun itu terjatuh ke sebelah kiri bahu jalan manakala motosikalnya diseret sejauh kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

“Suspek kemudiannya memberhentikan kenderaannya di bawah jejantas Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Titiwangsa dekat kawasan itu selepas ditahan orang awam,” kata Zulkefly Yahya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, lelaki yang merupakan pekerja kontrak itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah di Bukit Antarabangsa, Ampang, selepas menghantar makanan yang dijual isterinya.

Difahamkan, pemandu kereta yang bekerja di kedai aksesori kereta itu dibawa ke Balai Trafik Jalan Tun H S Lee dan keputusan saringan ujian mendapati kandungan positif alkohol dalam pernafasan lelaki terbabit.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Pada Sabtu lepas, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengarahkan kerajaan untuk meminda akta hukuman lebih berat kepada pemandu mabuk. Untuk baca artikel penuh dan artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca