Motif Batik Dalam Bentuk Aksesori Wanita, ‘Ohdayang’ Sampai ke New York

Mengetengahkan motif batik, wanita ini tampil dengan idea kreatif apabila menghasilkan anting-anting dan pelbagai lagi aksesori wanita sebagai mata pencarian sampingan.

Dayang Nur Syafiqah M. Roslan berkata, idea untuk menghasilkan aksesori berasaskan batik itu tercetus tanpa sengaja ketika dia dan suaminya, Anas Afandi Ainol Azhar berniaga di car boot sale sekitar 2019.

Sumber: mStar

Pasangan suami isteri ini memulakan perniagaan baju bundle pada hujung minggu dan cuba membuat anting-anting dan diletakkan di booth.

“Produk itu yang lebih laris daripada baju bundle. Dari situ, saya dan suami nampak potensi anting-anting batik untuk dijual,” ujar wanita yang mengasas produk kraftangan, Ohdayang.

Bisnes anting-anting batik mendapat sambutan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sumber: Ohdayang

“Waktu PKP, mungkin ramai yang menghabiskan masa dengan membelek media sosial. Jadi sambutan terhadap kraftangan saya dan suami sangat menggalakkan,” katanya.

Selain anting-anting, jenama Ohdayang juga menghasilkan gelang dan aksesori lain seperti sepit rambut serta mendapat sambutan yang menggalakkan.

Menurut Dayang, dia sendiri tidak menyangka Ohdayang sudah beberapa kali mendapat tempahan daripada pelanggan luar negara seperti warga New York dan orang Malaysia yang menetap di New York.

Sumber: Ohdayang

Tambah Dayang, dia berhasrat untuk meneroka fabrik daripada motif lain namun masih mengekalkan batik sebagai identiti rekaan Ohdayang.

“Batik sentiasa akan ada. Ia adalah sebahagian daripada Ohdayang. Kita tak perlu limit kepada satu perkara, banyak yang boleh kita cuba dan boleh explore.”:

Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca