Monyet ‘Savage’ Di Batu Caves Menggertak Selebriti Internet Ini Kerana Cuba ‘Sekolahkan’ Haiwan Itu

Monyet nakal. Kawan penulis pernah kejar dengan senduk sekumpulan monyet yang membawa lari sebekas sambal nasi lemaknya sewaktu kami ‘berkampung’ di sebuah kabin berdekatan hutan bakau.

Monyet memakan kerepek, pisang atau aiskrim mungkin merupakan pemandangan yang biasa kita lihat di Malaysia terutama di Batu Caves.

Namun begitu, seorang pelancong asing yang juga merupakan selebriti internet dari Amerika Syarikat ini tidak tahu apa yang menunggunya apabila dia cuba ‘menegur’ perbuatan monyet yang mencuri air minuman dari gerai berdekatan.

Kelvin Pena atau dikenali sebagai @BrotherNature di Twitter terjerit-jerit apabila monyet tersebut tiba-tiba melompat dan menggertaknya.

Kelvin cuba sekolahkan monyet itu dengan memberi pelajaran sivik kepadanya agar jangan mencuri tetapi akhirnya dia yang diajar oleh haiwan tersebut. Baru lelaki itu tahu yang monyet-monyet di Malaysia ini “savages”.

Sebelum datang ke Malaysia dan bertemu dengan monyet-monyet di Batu Caves, Kelvin pernah berinteraksi dengan kambing, rusa dan penguin menerusi video yang dimuat naik.

Moral cerita: Jangan jaga tepi kain monyet jika tak nak dikejar.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca