Anda pasti pernah mendengar tentang Momo Challenge, bukan? Ia dikatakan telah membuat ramai orang melakukan perkara yang berbahaya seperti mencederakan diri sendiri. Perkara ini merupakan mimpi ngeri bagi ibu bapa di seluruh dunia kerana takut anak-anak mereka mungkin terjebak dengan Momo Challenge ini.
Dikatakan Momo akan mengugut sesiapa yang gagal melaksanakan tugas-tugas yang disediakan. Bagi mereka yang berjaya menyelesaikan tugas tersebut, Momo akan menyuruh mereka melakukan perkara yang lebih berbahaya daripada sebelumnya.
Baru-baru ini, Momo Challenge telah kembali semula dan dilaporkan berada dalam laman YouTube Kanak-Kanak dan beberapa program kanak-kanak dalam talian. Berita ini tersebar ke seluruh negara dan membuatkan ibu bapa berasa gelisah dan takut.
Berita baik bagi para ibu bapa, anda tidak perlu risau lagi kerana ia terbukti sebagai satu penipuan. Sebenarnya, Momo merupakan salah satu arca yang berada di galeri seni seram di Tokyo. Ia juga dikenali sebagai “Mother Bird” dan dihasilkan oleh seorang artis Jepun bernama Keisuke Aiso. Arca ini adalah berdasarkan hantu daripada kisah rakyat Jepun yang dipanggil ‘Ubume’ iaitu seorang wanita yang mati semasa bersalin.
View this post on InstagramMOTHER-BIRD by #LinkFactory/#KeisukeAisawa (2016) #MIRRORHAUS . ► @Mirror.Haus ► @Between.Mirrors
A post shared by 𓁿 ᎷᏆᎡᎡϴᎡᎻᎪႮՏ 𓆃 (@mirror.haus) on
“Mengenai ‘Mother Bird’, saya menghasilkannya untuk dipamerkan di galeri lebih kurang tiga tahun yang lalu. Ia memang dihasilkan untuk menakutkan orang bukannya untuk menyakiti orang,” kata beliau dalam temuramah bersama The Sun.
Kini Momo sudah tiada lagi. Aiso telah memusnahkan arcanya kerana ia mula rosak. Apa yang tinggal hanyalah matanya sahaja dan beliau merancang untuk menggunakannya bagi membuat arca yang lain. Menurut Aiso, beliau pasti gembira jika cabaran itu tidak pernah diwujudkan.
Diharapkan tiada lagi orang yang terjebak dengan Momo Challenge ini lagi.